Sunday, December 25, 2011

dia BUKAN JodohKu


assalamualaikum... alhmdulillah dapat juga saya update belog ni walau dalam sibuk..mencari ilham katakan ^^ entry kali pasal perasaan tajuknya "dia BUKAN JodohKu ~ ~" agaklahkan apa perasaan kita kalo dia bukan jodoh kita..ermmmmm mesti ssah nak jawab kerna ia bermain dengan perasaan... tapi perasan yang boley memberi kita peringatan melalui CINTA... teruskan membaca okey ^^v...


ketika jari-jemari ini ligat menaip button atas keyboard, diri ini semakin berasa tenang..Alhamdulillah..kisah ini adalah kisah temanku, tapi ku cuba letakkan diriku dalam keadaanya...

melangkah alam remaja satu kejutan budaya buatku,
ingin cuba yang ini dan ingin cuba yang itu...semua perkara diibaratkan madu..manis sentiasa...jika pahit pun hanya sebentar...
meminati dan diminati sudah sinonim dalam melayari alam remaja..itulah manisnya menjadi remaja...
jika ditanya pernahkah meminati seseorang,tipulah jika ku berkata tidak...aku mengaku pernah meminati seorang insan bernama lelaki...dialah lelaki yg mengetuk jiwa hawaku...ya ALLAH, mengapa hatiku ini sentiasa teringat kan dia..



aku mula meminatinya, apabila ku rasakan dia adalah jodohku..manakan tidak, jika ke mana-mana pasti aku ternampak bayang dia..mungkinkah itu mimpi..tidak...
jika aku bertanyakan pada rakanku tentang perkara tersebut, rakanku berkata' memanglah dah awk tu satu university dengan dia, tentulah akan berjumpa selalu'
betul juga rakanku cakap...tapi hati ku masih kuat berkata ia mmg jdohku...

pertama kali ak berjumpa dengannya, semasa perhimpunan yang diadakan dalam pasukan beruniform..dia adalh senior aku...
pertama kali ak nampak dia, hatiku kuat berkata ya..dia jodohku...



kali keduanya aku bertemu dengannya, apabila aku menghadiri konsert nasyid yang diadakan di dewan besar dalam uni kami..semuanya kebutlan..
tapi hanya ak sahaja yang perasan akan kehadirannya...dia seperti menunggu seseorang...mungkin temannya...

pertemuan seterusnya, kadang-kadang di tepi jalan dan ada juga tempat yg tak pernah difikir aku..

aku masih ingat, semasa aku buat practical training di satu tempat itu selama sebulan lebih bersempena cuti semester...ak terjumpa dia di kfc...rupanya,dia
bekerja di situ..terkejut juga bila ternampak dia..tapi dia mungkin tak perasan aku...

betul kata orang,jika kita minatkan seseorang kita akan selalu nampak dia...mungkin itulah yg terjadi kepadaku pada waktu itu...



entah bagaimana,jiwa ku cuba menyelidiki tentang diri dia...dah jadi macam stalker pula aku nih...semua tentang no. telefon serta email dia,semuanya ak sudah tahu dari sumber yang boleh dipercayai..

sejak itu aku mula text message dengan dia..ingat dia jenis yang tidak layan perempuan,maklumlah penampilannya seperti seorang yang alim dan punya ilmu agama yang tinggi...kami menjadi kawan..masa itu, Tuhan je yang tahu betapa bahagianya diriku...

lagi kuat aku katakan dia adalah jodoh ku, bila tarikh lahir kami selang sehari..aku 22 haribulan dan dia pula 23 haribulan...

2 tahun yang lepas dia mengucapkan selamat hari jadiku...ya ALLAH, bahgianya diri ku...

tidak lama kemudian, kami sudah jarang bermsg dan berhubung...

tidak lama kemudian,aku tahu yang dia sudah bekerja di johor dan menyandang jawatan yang agak baik dan kena dengan kelulusannya...aku bersyukur dia semakin bahagia...

kadang-kadang aku lihat perkembangannya di facebook...malu untuk aku bertegur sapa dengannya...sudah banyak kali aku yang mula dahulu..kadang-kadang aku berasa penat...

hinggalah ada satu masa aku terbaca sebuah artikel yang ditulis oleh seorang wanita..kata-katanya cukup menyedarkan aku atas perbuatan yg telah aku lakukan...

"Kamu tidak perlu merendahkan martabat diri demi untuk meraih cinta seorang lelaki. Ketahuilah, manisnya dan cantiknya seorang perempuan itu terletak pada taqwanya, hatinya yang sentiasa tunduk malu pada perkara-perkara yang tidak patut."

ya ALLAH,malu sungguh diriku ini...jauh terpesong dari landasan sikap muslimah sebenar...

aku bukan Khadijah,yg berani meminang Rasulullah..
tapi aku hanya wanita biasa punya hati dan persaan..
ingin mencintai dan dicintai...
namun ak tiada kekuatan sekuat Khadijah...

Astaghfirullahala'zim..




 

ada satu hari aku tergerak untuk melihat wall nya di facebook..
ya ALLAH, luluh jantung ku bila membaca post nya..bahawa dia sudah betunang 2 hari yang lepas...hari-hari mendatang aku cuba terima kenyataan bahawa dia bukan milikku...dia bukan jodohku...maaf kerana terlanjur cinta dan kata..
aku harapkan agar wanita di luar sana yang punya perasaan meminati kepada insan bernama lelaki, maka janganlah melakukan hal yg sama denganku..malah serahkanah perasaan mu itu kepada DIA..kerana DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya...insyaALLAH jika ada jodoh tidak ke mana... ini adalah sekadar perkongsian..
~islam is the way of life~

2 comments:

  1. nice entri...lets bygone be bygone..DIA maha mgetahui sgala sesuatu..kita hanya manusia biasa..InsyAllah..setiap yg berlaku ade hikmah dsebaliknya...:)

    ReplyDelete
  2. betul tu massiz....jika dia bukan jodoh kita mngkin akn ada yg lebih baik drnya buat kita...segalanya hanya DIA yang tahu ^^

    ReplyDelete

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.