ISLAM AGAMA FITRAH
Satu-satunya agama yang diterima oleh Allah swt, sempurna dan terbaik ialah agama islam, agama yang diwahyukan oleh Allah swt kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Manakala agama-agama yang lain merupakan agama ciptaan manusia yang tidak sempurna dan tidak sesuai dengan fitrah mansuia. Firman Allah swt:
Maksudnya: "Sesungguhnya agama yang diterima di sisi Allah hanyalah ISLAM." ( Surah Ali-imran:Ayat 19 )
Agama islam berbeza dengan agama-agama yang lain ini kerana agama-agama lain terbina namanya kerana seorang lelaki yang khas atau kepada umat tertentu yang menumbuhkan namanya sempena dengan al-Masih a.s (Nabi Isa a.s), manakala agama Buddha diambil daripada nama pengasasnya iaitu Gautama Budhha. Agama Zarathustra diambil daripada pendirinya iaitu Zarathustra. Demikianlah juga nama agama yahudi diambil dari satu nama kabilah iaitu kabilah Yahuda dan begitulah dengan agama hindu.
Tetapi amat berlainan dengan islam, islam tumbuh diatas nama khasnya sendiri yang dikandung oleh makna perkataan 'islam'. inilah antara bukti bahawa islam bukan agama ciptaan manusia sebaliknya agama yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada hambanya Nabi Muhammad SAW. Agama-agama ciptaan manusia ini bukan sahaja tidak menjamin keselamatan manusia malahan menambah kekusutan akal mansuia yang di serang pelbagai penyakit rohani. Agama seperti Hindu, Budhha dan Kristian merupakan agama yang dicptakan oleh manusia berdasarkan hawa nafsu untuk kepentingan individu tertentu. Cuba kita lihat apa pandangan al-Quran tentang agama2 lain dan ideologi mereka:
"Orang2 Yahudi dan Nasrani berkata : "kami adalah anak Allah dan kekasih-kekasihnya" Katakanlah ." Mengapa Allah menyeksa kamu kerana dosa-dosamu? tidak kamu adalah mansuia b(iasa) di antara orang2 yang dia ciptakan. Dia mengampuni siapa yang dia kehendaki dan meyeksa siapa yang dia kehendaki. Dan milik Allah seluruh kerajaan langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya. Dan kepadanya semua akan kembali." (Surah Al-Maidah:Ayat 18)
Daripada ayat ini, jelas Allah SWT menolak agama2 yang dici3ta oleh fitrah manusia, kerana ia tidak sesuai dan sempurna untuk fitrah mansuia.
1. Didalam agama kristian misalnya, mereka mengatakan tuhan itu tiga, tiga dalam satu, mepunyai anak. sedangkan Tuhan sepatutnya satu tidak beranak dan diperanakkan. Sekiranya tuhan itu tiga apa yang akan terjadi kepada alam ini. Mereka telah mensifatkan Allah SWT dengan sifat makhluk yang tidak sesuai dengan martabat antara khalik dan makhluk. Kriatian juga telah menjisimkan tuhan seperti makhluk tanpa ada perbezaan, ini kerana di dalam BIBLE tercatat tuhan menciptakan mansuia berdasarkan muka tuhan dan anak-anak tuhan terpikat dengan kecantikkan anak2 perempuan manusia lalu berkahwin dan bersetubuh maka lahirlah satu keturunan manusia raksasa.
2. Paderi2 kristian tidak boleh berkahwin. sedangkan keinginan berkahwin itu merupakan fitrah manusia. sesiapa yang menentang fitrah telah melawan Allah SWT dan kufur dengan nikmat tuhan. Oleh itu, mereka lebih sanggup berzina kerana tidak dapat menguruskan fitrah ke saluran yang betul. Lalu berlakulah kerosakkan keturunan di dalam menusia, kerana peraturan yang sesat ini. Saban waktu kita melihat pemdedahan di dalam media tentang kegiatan seks paderi2 ini, yang mana terlibat dengan zina, rogol, dan sebagainya. Inilah antara bukti yang jelas kesan daripada peraturan yang salah ini.
3. Para penganut agama Kristian dilarang untuk berpoligami dan menceraikan isteri, mereka lebih rela suami mengadakan perempuan simpanan daripada berpoligami, maka berlaku zina dikalangan masyarakat. Bagi mereka perempuan yang dipoligamikan merupakan satu perempuan yang merendahkan martabat kaum perempuan sedangka perempuan yang dijadikan sebagai perempuan simpanan dan menjadi pemuas nafsu (pelacur) dianggap satu tindakan yang bertamadun..
ini lah diantara petikan yang terdapat dalam buku tu..nak tulis semua tapi nanti panjang berjela dan tak suprise la..hehe tadi dia ada sebut apa yang ada dalam BIBLE..minta kepada sahabat2 hanya membaca buku ini dan jangan membuat rujukan di dalam BIBLE pulak okey..bukan apa cuma takut terpesong sebab BIBLE sekarang sudah banyak ditukar isi kandungan dia dan sememangnya tak selari dengan agama Islam.. Wallah'ulam
Harap hanpa semua mendapat manfaat dari ilmu pendek yang yang aisya post kan hehe....
Jemput ziarah laman dakwah ini hijrahiman.wordpress.com
ReplyDeletealhamdulillah sudah ziarah..syukran atas jemputan..laman yang sgt berguna :)
Delete