Friday, May 10, 2013

Bacaan Wirid selepas solat



Bismillahirahmanirahim...Alhamdullah wa syukrillah... next entri..dekat sini aisya nak sertakan wirid selepas kita solat...jadi lepas tu boleh lah kita berwirid memuji kebesaran ALLAH SWT dan memohon keampunan in shaa Allah..
 

 
Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia yang Hidup dan Berdiri Dengan SendiriNya, dan aku bertaubat kepada-Nya

 
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan, bagi-Nya segala puja. Dialah yang menghidupkan (orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) dan yang mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu

 
Ya Allah Tuhan kami, jauhkanlah kami dari api neraka

 
Ya Allah, Engkau sejahtera, dan daripada Engkau kesejahteraan, dan kepada Engkau kembalinya kesejahteraan itu, maka hidupkan kami dengan kesejahteraan, dan masukkanlah kami kedalam syurga, negeri yang aman sejahtera

 
Bertambah-tambah berkat-Mu, Tuhan kami, dan Maha Kuasa, wahai Tuhan yang Maha Besar dan Maha Mulia

 
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam
 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (1) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (2)Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).(4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.(5) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.(7)
 
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (Al-Baqarah ayat 163)
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah ayat 255)

 
Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (Ali-Imran ayat 18)

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. (Ali-Imran ayat 19)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (26) Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". (27)
(Ali-Imran ayat 26-27)
 
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; (1) "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (2) "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; (3) "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya  (Al-Ikhlas ayat 1-4)
 
Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, (1)"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; (2)"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; (3) "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); (4) "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya". (5) (Al-Falaq ayat 1-5)
 
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. (1) "Yang Menguasai sekalian manusia, (2) "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, (3) "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - (4) "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, - (5) "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". (6) (An-nas ayat 1-6)
 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (1) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (2)Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).(4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.(5) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.(7)
 
Tuhanku/kami, Penjagaku/kami
 
Maha Suci Allah
 
Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya yang kekal selama-lamanya
 
Segala puji bagi Allah
 
Segala puji bagi Allah, Penjaga sekalian alam, ke atas tiap-tiap perkara dan kenikmatan
 
Allah Maha Besar
 
Allah Maha Besar, sungguh Maha Besar, dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya dan Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan melainkan Allah dengan keEsaanNya, tiada sekutu baguNya, bagiNya segala pemerintahan dan bagiNya segala kepujian, Dialah yang menghidup dan mematikan, dan Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu, dan tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Kata ustaz lagi... 
Setelah kita selesai berwirid,  berdoalah terlebih dahulu.. mohon doa ke hadrat Allah sebelum kita bangun meninggalkan tikar sembahyang.  

Firman Allah dalam ayat 60 Surah al-Ghaffir
Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."


Pesan ustaz, awali dan akhiri-lah doa dengan ucapan 'Alhamdulillahirabbil'alamin' diikuti dengan berselawat ke atas Nabi SAW.

Dari Abu Hurairah ra dari Rasulullah SAW, sabdanya:
"Segala perkara yang mempunyai kepentingan - menurut syara' - yang tidak dimulai melakukannya dengan ucapan Alhamdulillah, maka perkara itu menjadi kurang keberkahannya."
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dan lain-lainnya.

Dari Fadhalah bin 'Ubaid ra, katanya: "Rasulullah SAW pernah mendengar seseorang yang berdoa dalam solatnya, tetapi ia tidak mengucapkan pui-pujian kepada Allah Ta'ala dan tidak pula membaca selawat pada Nabi SAW., lalu Rasulullah SAW bersabda: "Tergesa-gesa sekali orang ini,' kemudian orang itu dipanggilnya.  Nabi SAW lalu bersabda pada orang itu atau pada orang lain juga:  "Jikalau seseorang di antara engkau semua hendak berdoa, maka hendaklah memulai dengan mengucapkan puji-pujian kepada Tuhannya yang Maha Suci serta puja-pujaan padaNya, selanjutnya membaca selawat kepada Nabi SAW., seterusnya bolehlah ia berdoa dengan apa yang dikehendaki olehnya."
Diriwayatkan oleh imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis shahih.

Allah Ta'ala berfirman; yang bermaksud:
"Katakanlah: "Segala puji-pujian itu adalah bagi Allah."  (al-Isra':111)

Allah Ta'ala berfirman pula:
"Dan akhir doa mereka - dalam syurga - ialah bahawa segenap puji-pujian itu adalah bagi Allah yang Maha Menguasai seluruh alam.   (Yunus: 10)


Istiqamah dalam amalan InsyaAllah.

52 comments:

  1. Assalamualaikum wbt. Apakabar saudari. Alhamdulillah... Saya mencari wirid selepas solat melalui google. Blog saudari menjadi pilihan saya, dan saya minta izin pada saudari untuk saya ambil (copy) sebagai rujukkan saya. Terim kasih, kerna saudari telah kongsikan. Saya doakan saudari sihat, diberi kekuatan untuk saudari mengabdikan diri kepadaNya. Moga Dia merahmati dan meredhai saudari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam
      Pertama sekali syukran sbb ziarah sini semoga ilmu yg kecik ni dpt dimanfaatkan sepenuhnya..silakan utk copy tak perlu minta izin.. semoga bermanfaat kpd saudara in sha Allah..

      Delete
    2. Berbahagia lah kamu mujahidat

      Delete
  2. Replies
    1. silakan memang utk diamal..tak perlu minta izin..sy cuma tolong kongsi ^_____^

      Delete
  3. assalamualaikum...salam Ramadhan...terima kasih atas perkongsian, alhamdulillah...saya mohon utk copy gak sbg rujukan sndiri... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam.. salam ramadhan al mubarak dari ana
      silakan..tidak perlu minta izin.. ana juga kongsi-kongsi jer..
      semoga bermanfaat..InsyaAllah :)

      Delete
  4. Assalamualaikum.. Info yg sangat berguna.. Saya ingin tahu muzik background apa yg saudari gunakan? Saya nak download muzik background yg saudari gunakan. Sangat menenangkan didengar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam...
      syukran..kerana sudi singgah sini..moga mendapat manfaat
      lagu background blog ni boleh tgk sini(http://www.youtube.com/watch?v=oxHfgix_4YY) dan (http://www.youtube.com/watch?v=rtX-u6DXHPA)..

      Delete
  5. Assalamualaikum akak. mintak copy :)

    ReplyDelete
  6. Tk atas perkongsian ilmu ini

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum . Terima kasih atas perkongsian .. Mohon share yaa .

    ReplyDelete
  8. @Anonymouswaalaikumusalam..sila2 copy la tak perlu minta izin ^^

    ReplyDelete
  9. @Samuel Federicowaalaikumusalam.. dengan besar hatinya..silakan share ilmu ini..tak perlu minta izin ^_^

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, saya minta untuk save ye wirid ni. Alhamdulillah post ni banyak membantu. Semoga Allah memberkati saudari. In Shaa Allah

    ReplyDelete
  11. teruskan usaha murni ante... hanya Dia mampu membalasnya

    ReplyDelete
  12. tq for the info.... :-)

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah jazakillahu khairan katsir atas ilmu yg ukhti kongsikan ini. Boleh ana buat rujukan di masa akan datang.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum...
    Sy bru hndak belajar berwirid... alhamdulillah terjumpa blog saudari... semoga Allah merahmati usaha saudari... semoga Allah memberikn kebahagiaan kepada saudari dan saya serta keluarga juga... terima kasih kerana telah berkomgsi ilmu... assalamualaikum... ^_^

    ReplyDelete
  15. Salam aisya.
    Tq panjang2kan wirid selepas solat dan apa pesan ustaz kat kami kaum ibu hari tu. Sama2 kita mengambil manafaat. Selamat beramal..:-)

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum...terima kasih atas perkongsian maklumat yang berguna ini. Izinkan ia dipanjang-panjangkan. Semoga Allah memberi berkah...

    ReplyDelete
  17. terima kasih. mohon untuk simpanan peribadi.

    ReplyDelete
  18. tq.meminta ingin dijadikan salinan unuk tujuan rujukan di rumah selepas solat.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum...

    Terima kasih atas perkongsian... Sy nak tanye, lagu arab y no 4 tu apa tajuknya ya... Amat menyentuh perasaan....

    ReplyDelete
  20. @Anonymous Waalaikumusalam.. jazakallah sudi singgah blog kecik ni.. lagu arab no 4 tu tajuknya Ya Bladi di nyanyikan oleh Mishary Rashid Al Afasy..boleh search dalm youtube ^^

    ReplyDelete
  21. Minta izin untuk mencetak.. TQ

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum , aisyah :) , izinkan saya copy :) in shaa Allah Allah memberkati awak .

    ReplyDelete
  23. @Ai Syahassalamualaikum ya ukhti..minta izin utk copy ye..

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum ya ukhti..minta izin utk copy ye.. may Allah bless you.. :)

    ReplyDelete
  25. Assalammualaikum minta izin utk copy ye.. Thanks

    ReplyDelete
  26. mohon copy ye ^.^

    terima kasih !

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum , mohon copy ye ^.^

    syukran !

    ReplyDelete
  28. Syukran... moga2 cik aisyah mmperoleh lbh bnyk keberkatan apabila lbh ramai dpt berwirid dgn bacaan yg betul dan khusyuk sbb faham maksudnya. Jzkk.

    ReplyDelete
  29. izinkan saya copy ye aisya :)

    ReplyDelete
  30. assalamu'alaikum wr.wb. ijinkan sy copy ye aisya..

    ReplyDelete
  31. Sangat membantu, terima kasih. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  32. Terima kasih.amat bermanfaat. Semoga Allah selalu melimpahkan rahmatNya untuk kita semua...amiiiin ya rabbalalamiin

    ReplyDelete
  33. Terima kasih, amat bermanfaat.

    ReplyDelete
  34. Semoga admin mendapat ganjaran yang besar dari Allah.. Mohon izin untuk di copy dan di share kan dengan rakan2..

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum

    Mohon izin untuk saya 'copy'. Terima kasih

    ReplyDelete
  36. Terima kasih pemilik blog/penulis.. Semoga Allah ganjarkan segala kebaikan untuk anda

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum, syukran jazilan ;)

    ReplyDelete
  38. Hisyamuddin MohamedJuly 8, 2014 at 8:47 AM

    Mohon print ye :)

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum...syukur alhamduliilah..mudah ringkas dan lengkap..terima kasih..

    ReplyDelete
  40. Assalamua'laikum. Nak tanya, yg ayat 26 surah Ali-Imran, dari apa yg cik puan post kan tu, "qulillahum mama..." tapi dalam beberapa al-quran lain, saya tengok, "qulillaa hum mama..." (lam tanda fathah panjang). What am I missing ek?

    ReplyDelete
  41. Alquran pusat rujukan utama. Yg ats tu mybe silap sikit sbb cetakan...

    Anyway tq sis. Dh lama cr maksud zikir ats tu. Hafal dr zmn asrama tp xtau mksud.. tq so much

    sihatgojes.blogspot.com

    ReplyDelete
  42. @Ai Syah

    Salamun Alaik, AlhamduLILLAH. saya copy n paste wirid tersebut dan akan dimanfaatkan untuk pelajar di sekolah kami.

    semoga ALLAH membalas jasa baik cik puan kerana meyumbangkan sesuatu untuk agama ISLAM .

    Semoga ALLAH memberi kerahmatan dan RedhaNYA di dalam setiap gerak dan diam cik puan.

    ALLAHu Akbar

    ReplyDelete
  43. assalamualaikum tuan pemilik blog. . sya mohon untuk tulis dan mengamalkan wirid yang saudari kongsi dpat sinie. . semoga saudari di rahmati oleh Allah S.W.T. .

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum, terimakasih diatas perkongsian wirid dari saudari. saya mohon keizinan untuk copy& paste, mencetak dan menggunakannya. Semoga usaha saudari ini mendapat rahmat dan pahala dari Allah S.W.T. Aamin.

    ReplyDelete

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.