Saturday, March 07, 2015

RUKUN SOLAT

Rina Kastrati | via Facebook 
Ahlan wasahlan semua!! Ya Allah...lamanya tak update blog..hehe aisya tengok ada lagi yang sudi ziarah dan bagi komen walaupun aisya dah lama tak up to date post untuk korang semua.
"bukan busy..tak! tak!"
"habis tu?"
"tak berkesempatan hihihi..."
 
Okey syukur Alhamdulillah sangat sebab aisya masih lagi diberikan nafas dan gerak tangan untuk menaip buat santapan korang semua. hari ni punya tajuk posting bab rukun solat. ye la kan kita tau nak solat macam mana dan kita pun kena lah jugak belajar rukun-rukun di dalam solat kalau tak macam mana nak kira solat tu..kan?
 
RUKUN SOLAT:
1. Niat
2. Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukan secara duduk, berbaring, terlentang atau dengan syarat.
3. Takbiratul Ihram
4. Membaca surah al fatihah
5. Rukuk dan tamakninah
6. Iktidal dengan tamakninah
7. Sujud dua kali dengan tamakninah
8. Duduk antara dua sujud dengan tamakninah
9. Duduk tahiyat akhir dengan tamakninah
10. Membaca tahiyat akhir
11. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada tahiyat akhir.
12. Membaca salam yang pertama
13. Tertib. ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.

Tamakninah bermaksud diam sebentar ketika melakukan rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud dalam solat.
Alhamdulillah..harap perkongsian kecik ni dapat membantu sahabat-sahabat aisya semua..dan aisya jugak! ilmu kena cari..kalau tak ada ilmu macam mana nak buat perintah Allah..kan? jadi sama-sama kita cari k.. aisya cari then kongsikan dengan korang..kalau korang ada ilmu kongsikan dengan aisya sama k..

3 comments:

Anonymous said...

As salam..sy br nak berhijrah..bantu sy...sbb sy tidak pndi solat...bleh bg email..sng utk sy berhubung
muzzapezal@yahoo.com.my ini email sy
Trima kasih

Noriza Abdul Rahman said...

Alhamdulillah ada juga peringatan untuk diri sendiri..rukun yang tidak boleh ditinggalkan dalam solat...thanks

FAYYADHAH said...

alhamdulillah, info yang berguna, terima kasih :)

 
This Template Was Made & Design With Love By AlHumayrahOnlineShop. All Right Reserved To Me.