Thursday, January 24, 2013

Muslimah pendakwah PANTANG menyerah




Wahai perjuang mujahid Islam...
"Istiqamahlah berbuat kebaikan walau dibenci seluruh manusia.... dab bermati-matilah berkhidmat untuk agama..TETAPI jangan sekali-kali mengaku wira..."                                                                  (Mujahidah Almuntasirah)
Jalan mujahadah itu jalan orang yang mengenal diri dan mengenal Tuhan,
Jalan mujahadah itu jalan orang yang ada matlamat dalam kehidupan,
Jalan mujahadah itu bukan jalan orang yang sedia baik dan sediacemerlang
tapi jalan orang yang berkali jatuh dan berani gagal,
Jalan mujahadah jalan perubahan dan pembaikan,
Jalan mujahadah itu jalan Para Anbiya' dan para solihin,
Jalan mujahadah itu jalan para pencinta Tuhan...Pejuang Ad-Deen,
Mujahadah menjadi mukhlisah, solehah muslehah,
istiqamah demi cita-cita agung mencari Redah Allah swt
Mujahadah bukan kerja yang mudah,
Namun, ada natijah ketenangan dan keindahan
`Umm Sumayyah` 

GANJIL ke...? GADIS ISLAM



Gadis Islam berniqab..ganjil?
Gadis Islam menutup aurat sepenuhnya..ganjil?
Gadis Islam melabuhkan tudung menutupi dada mereka..ganjil?
Gadis Islam mengenakan pakaian yang longgar dan besar..ganjil?
Gadis Islam malu untuk keluar bersama dengan yang bukan mahram..ganjil?
Gadis Islam pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut..ganjil?
Gadis Islam pakai stoking tangan walau sudah mengenakan t-shirt lenggang panjang..ganjil?
Gadis Islam tidak mengenakan makeup yang berlebihan..ganjil?
Gadis Islam tidak memakai Perfume kecuali sekadar sedikit dan tidak dihidu oleh orang lain..ganjil?
Gadis Islam tidak ber"couple" sebelum bernikah..ganjil?
Gadis Islam tidak materialistik dan memilih untuk taat kepada agama..ganjil?

Sabda Rasulullah s.a.w "Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaanya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil" (H.R Muslim)

[Subhanallah...dapat rasabeza dulu dan sekarang..Alhamdulillah..seronoklah hatimu jika engkau berubah menjadi yang ganjil hanya kerana mencari keredhaanNYA..]

Aku KUAT keranamu SAHABAT



Di sini sangat sunyi.. hanya yang aku dengar burung berkicauan diantara mereka mungkin dalam perjalanan pulang ke sarang masing-masing.. air laut juga kelihatan surut pulang ke tengah.. waktu tu sudah petang tapi aku masih ada di situ seorang diri....
******
"Maaf..cik ulya.. berita ni mungkin akan mengejutkan cik tapi terimalah dengar redha di atas ketentuanNYA" doktor Azlan berkata sambil menyelak laporan kesihatan aku..hatiku berdebar-debar..'Ya Allah..kuatkanlah ana untuk ana terima segala dugaanMU dengan sabar'.. Nur Ain masih disampingku sambil mengengam jari jemariku dengan erat.. aku menoleh kearahnya lantas kami berbalas senyuman..Ya Ain sahabatku selamanya dunia dan akhirat..

"Cik Ulya..anda menghidap kanser otak tahap kritikal.." kata Doktor Azlan sepintas membuatkan aku terdiam untuk beberapa saat..Nur Ain memengang erat jemariku lebih erat dari sebelumnya.. tiada kata yang boleh aku ucapkan suka? sedih? kecewa? geram? semuanya bercampur menjadi satu.

"Nur Milatul Ulya..saya harap anda kuatkan semangat anggaplah ini ujian kasih dan sayang dari Allah swt kerana hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA..sesungguhnya apa yang terjadi keatas manusia itu punya hikmah yang tersendiri" kata doktor Azlan memberi semangat kepada aku yang masih terdiam semenjak tadi.

"Terima kasih Doktor Azlan..di atas segala usaha Doktor dalam membantu saya..saya nak minta maaf jika saya ada buat salah dengan doktor sepanjang rawatan saya di sini" kataku diiringi senyuman yang penuh dengan keceriaan  apabila aku memandang wajah doktor yang sangat berkewibawa dalam menguruskan pesakitnya. Doktor Azlan hanya membalas senyuman kepada aku.. Nur Ain hanya terdiam..terpana memandang aku mungkin sedikit terkejut dengan berita tadi..

"Saya minta diri dulu ya doktor.." kata aku sambil bangun dari kerusi..semakin lama aku menatap laporan kesihatan itu semakin sebak melanda di hati..'Duhai air mata janganlah engkau mengalir disini..dihadapan sahabatku juga dihadapan doktor Azlan' desik hati memberi kata semangat..

"Cik Ulya..saya minta cik terus rawatan terapi disini..walau macam mana keadaan sekali pun ada harapan atau tidak..kita tetap kena usahakannya sebagai iktiar kita..saya akan membantu cik selagi yang termampu" aku hanya menoleh dan tersenyum....kaki ini terus melangkah keluar dari bilik doktor Azlan sambil diiringi Nur Ain yang masih tidak mengeluarkan sebarang kata-kata..

"Ain..Jom!! Makan..ana dah lapar sangat ni..dari pagi sampai sekarang ana tak makan apa-apa..anti la tadi lambat sangat bersiap tak sempat kita nak sarapan sebelum datang sini..kita ajak sekali jannah, faizah, zurin, husna..semualah sahabat-sahabat kita" kata aku dengan riang..Nur Ain termanggu sendiri..aku menarik pergelangan tangannya agar berjalan lebih pantas.. 'dihati ini jauh sekali aku tahu Ain sedih kerana itu dia mendiamkan diri semenjak mendengar berita tadi..'

"Nur Milatul Ulya Binti Ahmad Ghazali..." nama aku yang penuh disebut oleh Nur Ain serius..aku menoleh kearahnya sambil tersenyum.. tapi Nur Ain tetap seperti tadi..

"Yup..kenapa Ain?" tanyaku

"Anti ingat dalam keadaan macam ni nak berseronok ke?  kenapa baru sekarang ana tahu semua ni..anti dah sakit lama dah kan..kenapa tak bagitahu ana sebelum ni..kenapa nak makan ramai-ramai gembira ka bila dapat tahu sakit anti dah tahap kritikal..keeeee" sebelum Nur Ain menghabiskan kata-katanya..dengan lantas aku memeluk Nur Ain sahabat ku selamanya dihati..Nur Ain termanggu



"Ya Sohabah ana Nur Ain Humairah Binti Haji Ismail.. ana tahu apa yang terbeku di hati anti sekarang..Ya Allah kuatkanlah hati sahabat ana ini..Ain..bukan ana tidak mahu beritahu anti akan apa yang berlaku pada ana..ana tidak mahu anti bersedih hati dan bimbang tentang diri ana..ana kuat..ana akan terus kuat dengan adanya sahabat-sahabat ana disamping ana..biarlah ana menatap wajah kalian sepuas-puas sebelum ana pergi jika DIA memanggil ana suatu hari nanti..sayangku sohabah ana sayangkan anti dan semua sahabat-sahabat ana di dunia dan akhirat..ana sangat bersyukur kerana Allah perkenalkan ana dengan antum semua disaat penghijrahan ana untuk berubah menjadi seperti anti..sesungguhnya benar kataNYA jika kita ingin berubah kearah yang lebih mendekatkan diri kepada NYA..DIA pasti akan menghantar hamba-hambaNYA yang soleh kepada kita..ana bersyukur yang teramat sangat dan ana menghargai kehadiran anti dalam hidup ana.." terang aku panjang lebar bagi menenangkan hati sahabatku Nur Ain..


"Ulya..sahabat ana..walau apa pun yang menimpa diri anti..ana akan sentiasa disamping anti biarlah jatuh bangun kita bersama kerana sahabat itu saling menguat diantara satu sama lain..ukhwah fillah abadan abada..Ulya..maafkan ana jika ana telah meninggikan suara sebentar tadi..." Aku melepaskan pelukan diantara kami dan kelihatan Nur Ain sudah mengalirkan mutiara jernih dihadapanku tapi Alhamdulillah Allah swt masih menguatkan semangat aku agar tidak menangis dihadapanya..   aku mengilap air matanya yang mengalir.. dia tersenyum dan aku membalasnya..

"Dah..JOM!! diorang dah tunggu kita kat kafe..ana nak makan macam-macam hari ni..udang,ayam,daging semualah bedal je..hehe" kataku dengan riang kami melangkah keluar dari hospital... YA AKU AKAN LEBIH SEMANGAT MENGHARUNGI SEMUA INI...YA ALLAH BANTUI AKU..KUATKAN SEMANGAT AKU DIWAKTU DAN MASA YANG MASIH ADA INI UNTUK AKU BERJUANG..KUATKAN JUGA HATI SAHABAT AKU NUR AIN HUMAIRAH DAN SAHABAT SEPERJUANGAN YANG LAIN...


Bersahabatlah kerana Allah swt..bertemu dan berpisah juga keranaNYA..InsyaAllah bukan kesedihan yang engkau perolehi tetapi kekuatan jua yang datang..            (Noor Aishah a.k.a Mujahidah Almuntasirah)
***********


:- Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata..maaf jika ada bersangkut dengan sesiapa....harap antum semua dapat mengambil kebaikan didalam cerita ini maaflah jika jalan cerita ini tidak menarik..ana hanya melakukan yang termampu untuk menyentuh hati antum untuk menyampaikan mesej melalui cerita ini..^^


 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.