Alhamdulillah hari ni aisya nak kongsikan sesuatu yang bermanfaat dari buku Gen-Q, penulisan ini ditulis oleh suami kepada Ustazah Fatimah Syarha iaitu Dr. Farhan Hadi.. kedua-duanya memang favorite writer aisyah..sweet sangat kan hihi
Sebaik
sahaja memberi salam, kita menadah tangan untuk berdoa. Sambil berdoa, tangan
kita beberapa kali menutup mulut yang sedang menguap. Suhu di luar masih
dingin. Suasana masih gelap dan berkabus. Jam baru menunjukkan pukul 6.15 pagi.
Kebetulan pula hari tu hari minggu , tiada kuliah, tiada sesi persekolahan.
Tilam,
bantal dan selimut seolah-olah melambai-lambai kepada kita. “Tarikan magnet”
daripada mereka sungguh kuat. Kija menyahut panggilan mereka, dalam masa kurang
satu minit mata akan terlelap. Tidur pada waktu itu memang nikmat.lebih lazat
dari waktu-waktu yang lain. Mimpi indah sering menjelma saat itu. Mimpi seperti
itu jarang di temui pada waktu-waktu lain. Sebab itulah ia telah menjadi satu
hobi bagi sesetengah orang.
Sebenarnya
otak kita sedang berada di tahap yang aktif pada waktu itu. Ia sepatutnya
digunakan sebaik mungkin utnuk mengulang kaji pelajaran atau membuat
kerja-kerja yang berfaedah. Rugilah jika otak yang aktif itu digunakan untuk
menjemput mimpi-mimpi indah dan mengasyikkan.
Waktu pagi
ialah waktu yang penuh berkat dan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Namun
secara realitinya, masih ramai orang yang mengamalkan tidur selepas subuh,
terutamanya apabila hari cuti persekolahan atau cuti pekerja. Sememangnya tiada
dalil khusus yang melarang untuk tidur
pada waktu ini. Namun ia amalan yang tidak disukai oleh para ulama dan
salafussoleh.
Sebuah hadis berbunyi : “ Ya Allah, berkatilah umat ini yang berpagi-pagi.” (riwayat at tirmizi, abu daud dan lain-lain).
Berdasarkan dalil
inilah para ulama memakruhkan tidur selepas subuh.
5 SEBAB ELAKKAN TIDUR SELEPAS SUBUH
Bukan amalan
para ulama dan soleh.
Para ulama dan orang soleh terdahulu membenci tidur pada waktu ini.
Seorang ulama yang terkenal dalam pelbagai bidang ilmu; ibn Qayyim meberi
penegasan tentang hal ini. Beliau menjelaskan bahawa tidur pada waktu ini boleh
mematikan hati, membuatkan badan menjadi malas dan juga mensia-siakan waktu
yang berharga.
Terlepas
menghirup udara segar
Kajian menunjukkan udara pada jam 3.00 pagi sehingga 7.30 pagi paling
segar dan terbaik untuk dihirup. Ia bersih daripada asap-asap kenderaan dan
gas-gas beracun.. udara yang segar ini sangat penting untuk mengembalikan
kesegaran otak dan tubuh.
Menimbulkan
rasa malas dan tidak bersemangat pada hari tersebut
Ibn Qayyim berkata: “ pagi hari umpama hari muda seseorang manakal hari
muda seseorang, manakala waktu amalan ibarat hari tuanya. Amalan seseorang pada
waktu muda sangat berpengaruh kepada amalan sewaktu tuanya. Jika seseorang
sudah bermalas-malas pada pagi hari, maka dia juga akan menjadi malas pada
waktu petang dan malam.
Pintu rezeki
menjadi sempit
Rasulullah s.a.w melihat Fatimah r.ha. sedang berbaring setelah solat
subuh, lalu Baginda bersabda, maksudnya: “Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah
rezeki tuhanmu dan janganlah engkau jadi daripada kalangan orang yang lalai.
Sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbitnya fajar
sehingga terbitnya matahari” (Riwayat al-Baihaqi)
Mendatangkan beberapa jenis penyakit ada badan seperti lemah syahwat.
Jom..kita amalkan supaya jangan tidur selepas solat subuh.. lagi pula tidur selepas subuh bukanlah amalan Rasulullah saw.. cuba checklist balik betul tak apa yang dia tulis terjadi kepada diri kita..kalau betul jom sama-sama kita ubah..moga Allah akan lebih memberkati hidup kita InsyaAllah
No comments:
Post a Comment