Tuesday, January 13, 2015

Aku Si Pendengar Setia..

https://lh6.googleusercontent.com/-k8fUEDD9DFY/UxOfzsFUK8I/AAAAAAAAACs/87qaF5-IP0A/ejtu3d.jpg
Ini kehidupan..mungkin tak semua orang sedar inilah kehidupan dan perjalanannya yang memakan masa. Aku dan kamu semua berjalan mengikut haluan yang berbeza..jalan yang berbeza. Setiap jalan kita akan jumpa macam macam jenis keadaan yang tidak atau telah kita jumpa sebelum ni. Namun, tak semua keadaan tu kita mampu hadapi.. Disebaliknya punya pelbagai cerita dan watak yang menarik atau tak.

Dan aku..Si Pendengar Cerita mereka yang Setia

macam..macam cerita dan kisah yang telah aku dengar sepanjang perjalanan hidup aku,
cerita yang mungkin gembira dan lucu...
 
http://static1.gamespot.com/uploads/original/1425/14251903/2742192-8202922419-tumbl.gif 
 
atau mungkin sedih dan kecewa..
 
http://i.imgur.com/qAWtuNV.gif  
Semuanya si pendengar ini setia mendengar segala masalah kamu.. dan ada disampingmu disaat kau tak mampu untuk menahan segala derita dan tekanan yang kau tanggung.. si pendengar ini akan mengesap setiap air mata yang menitis jatuh dr sepasang matamu dan kadang..kadang si pendengar ini tempat untuk engkau dakap dan lepaskan segala beban yang kau tahan didadamu.. ya..dia si pendengar itu setia mendengar semua cerita yang kau ungkapkan kerana dia yakin kepada Allah swt yang memberi segala dugaan dan ujian kepada hambanya..sebagai hamba aku dan kamu tidak mampu untuk merungut  atas apa yang telah diberikan olehNya.
...Tapi....
apa kau tidak sedar... si pendengar ini juga seorang manusia seperti mu.. yang kadang..kadang berhadapan dengan dugaan dan ujian jua spt mu.. di saat si pendengar ini jatuh di timpa tangga.. menangis sendirian..dimana dirimu? ingatlah..si pendengar yang setia ini bukanlah seorang malaikat yang tidak ada perasaan malah dia juga seorang manusia sama sebijik seperti dirimu..punya perasaan gembira, sedih mahupun kecewa..juga mahu mencerita akan rintihan hatinya.
Namun..
Semua beban yang dirasainya..yang ditanggungnya ditolak ketepi hanya kerana mahu mendahului dirimu. walaupun dirinya sesak dengan masalah yang menimpa dirinya..keutamaan diberikan lebih kepada mu..
..Tapi..
dimana dirimu disaat hatinya remuk..berkecai..
disaat hatinya berderai menjadi kepingan..
http://media.giphy.com/media/1hMJTkDXPTBiU/giphy.gif 
semuanya si pendengar ini simpan jauh dilubuk hati.. 
kau tak akan mampu untuk melihat air matanya..kekecewaannya..kesepiannya..
yang akan kau lihat..senyumannya..kata semangatnya 

yang hanya  ada pada luaran semata..
selami dan hargai Si Pendengar yang Setia..kerana dia juga MANUSIA bukan PATUNG..

2 comments:

  1. Menjadi pendengar setia adalah terbaik dalam pencarian ilmu.

    Kurangkan lidah yang suka berkata2 benda yang tidak sepatutnya.

    hasrulhassan.com

    ReplyDelete

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.