“Alangkah indahnya…Andai kita saling berbaik sangkaAndai kita saling menjagaAdab dan akhlak diri kitaBukan saling berburuk sangkaSehingga menimbulkan fitnah dan nista…”
Post entry pilihankali ini berkisarkan kepada pandangan kita dan pandangan
manusia. Kenapa? Kerana kebiasaanya apa yang kita lihat itulah yang akan
kita nilai...
Bukan semudah kata untuk berbaik sangka
Husnu Zan’ atau bersangka baik hakikatnya sukar. Sememangnya payah bagi sesetengah orang untuk berhusnu zan nie.
Mereka
merasakan kebaikan yang kita dilakukan itu hanyalah untuk bermuka-muka,
kerana inginkan pujian, pangkat, harta dan seumpamanya lantaran
sangkaan-sangkaan mereka yang buruk itu akhirnya membawa kepada fitnah.
Kesannya amatlah buruk dan boleh membawa kepada pergaduhan dan
perpecahan kepada umat Islam. Tafsiran dari Surah Al-Hujurat:ayat 6
menyebut:
Mungkin ada dari kita yang lebih suka berfikiran negatif dahulu daripada positif. Kenapa ya??
Benar...
Bukan semudah kata untuk berbaik sangka. Saya akui diri saya juga
kadang-kadang mudah bersangka-sangka, dan cepat pula membuat kesimpulan
atas sangkaan itu.
Sesungguhnya
artikel ini bukan ditulis untuk ditujukan kepada sesiapa,, sekadar
perkongsian ilmu dan muhasabah diri tetapi lebih memberi peringatan
kepada diri saya sendiri dan kalian jua…
Lantas Allah menegur manusia yang kebanyakan mempunyai sifat begini dalam firman-Nya yang bermaksud:
Berburuk sangka lama-lama akan melahirkan buah fitnah“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa” (Surah Al-Hujurat:ayat 12)
Apa
perasaan kamu andai ada orang yang suka berburuk sangka kepada kamu,
atau suka memikirkan hal-hal yang buruk daripada yang baik tentang diri
kamu?
Pastinya
kita akan merasa sedih bukan, jika sangkaan buruk itu lama-lama menjadi
fitnah kepada diri. Lebih-lebih lagi jika kita yang berniat melakukan
amal kebaikan, tetapi lain pula yang dipandang oleh manusia.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
Sesungguhnya,
orang yang suka su’u zan sebenarnnya mereka merasakan diri mereka lebih
baik dari orang lain. Kerana itu, mereka ‘lebih nampak’ kesalahan orang
lain berbanding dari kesilapan diri sendiri.
Bagi
golongan ini, mereka yang suka berburuk sangka dan sentiasa
mengintai-intai kesalahan orang lain, maka sedarilah bahawa siapa kita
hendak menilai amal yang dilakukan oleh seseorang manusia itu sedangkan
Allah jualah yang selayaknya menilai amal tersebut. Allah s.w.t
berfirman yang bermaksud :
Mari kita sama-sama muhasabah diri kembali,, apakah kita termasuk dalam kelompok orang yang berburuk sangka ini?? Nilailah diri kita dahulu sebelum kita menilai diri insan yang lain…
“Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).” (Surah An-Najm:ayat 28)
Sikap husnu zan penting bagi daie yang ingin berdakwah
Sikap
husnu zan sangat penting bagi seseorang daie yang ingin berdakwah.
Masakan tidak, jika para daie mereka sendiri telah meletakkan satu
tanggapan negatif dan buruk terhadap mad’u, maka apakah ia pantas dan
layak untuk menjadi seorang pendakwah yang baik?
Pastinya
dia akan menyampaikan seruan itu dengan cara yang tidak berhikmah
lantaran dia sendiri telah mencipta satu penghadang antara orang yang
ingin diseru itu.
Mungkin sahaja dia berkata dalam hatinya;
‘Orang sebegini kalau diberitahu sekali pun tidak akan meninggalkan kesan apa-apa lantaran Allah telah menutup pintu hatinya untuk menerima hidayah dan kebenaran’
Apakah kita pantas dan layak untuk berfikiran seperti itu?
Apakah kita tahu selamanya dia tidak akan memperoleh hidayah?
Dan apakah kita yang berada dalam hidayah ini akan terus kekal dalam hidayah Allah buat selama-lamanya?
Bermuhasabahlah kembali…
Hidayah
milik Allah, Dia yang selayaknya menentukan untuk siapa hidayah itu
akan kekal kepada seseorang manusia sehingga hujung nyawanya.
Boleh
jadi hari ini kita jauh dari melakukan perkara keji lantaran hidayah
yang Allah kurniakan, dan orang itu jauh tersasar dan sesat dalam
kemaksiatan tetapi kemungkinan suatu hari nanti dia akan diberi petunjuk
dan berubah lebih baik dari kita, siapa yang sangka?
Kita
sebagai hamba tiada jaminan untuk menetapkannya, melainkan kita hanya
mampu berusaha dan berdoa agar sentiasa kekal dalam rahmat petunjuk Sang
Khalik.
Sesungguhnya Allah sahaja yang Maha Mengetahui keadaan makhluknya. Dia yang lebih mengetahui hati-hati
yang ikhlas dan tulus untukNya, bukan manusia yang berhak mengukur semua itu...
Jangan pesimis!
Jangan terlalu pesimis. Berfikiran buruk dan negatif. Ubahlah perspektif anda. Hakikatnya, setiap orang tidak ada yang sempurna. Lebih-lebih lagi para sang daie perlu bersikap terbuka, jangan kerana kekurangannya kita menghina dia.
Dan
jangan pula kerana satu sikap yang buruk yang kita lihat padanya itu,
kita terus menghukum dan menilai pada keseluruhan dirinya dengan suatu
tanggapan yang dia sememangnya tergolong dalam golongan orang yang tidak
baik dan jahat.
Jika terbukti pula dia sememangnya melakukan perkara buruk tersebut, maka pilihlah untuk kita menghukum atau menegur dan menyeru supaya dia kembali lagi kepada-Nya?
Pilihlah untuk menghina dia atau berdoa kepada Allah agar membuka hatinya dalam menerima cahaya petunjuk dari Ilahi.
Pilihan berada di tangan kita
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu perbicaraan yang paling dusta." (Hadis Riwayat Muttafaqun alaihi)
Oleh
itu, alangkah eloknya jika kita saling berhusnu zan. Lihatlah
kebaikan-kebaikan yang ada pada diri manusia dengan pandangan yang
tulus, dan tegurlah kekurangan-kekurangan tersebut dengan cara yang
lebih berhikmah.
Dan sebaik-baik sangkaan adalah husnu zan kepada Sang Pencipta yang mencipta makhluknya dengan pelbagai sifat dan ragam. Maha
Suci Allah yang lebih bersangka baik kepada hamba-hambaNya dengan
sentiasa memberi peluang kita kembali dan bertaubat kepadaNya…
Kesimpulannya, berhusnu zan lah, sungguh hidup ini akan menjadi indah dengan sangkaan-sangkaan yang indah juga! =)
Kredit to:hikmatul islam
No comments:
Post a Comment