Bila mana Allah masih memberikan kekuatan kepada kita untuk berdoa, teruslah berdoa. Mintalah pertolongan daripada Allah untuk kurniakan kesabaran pada kita dalam berdoa. Untuk mengurniakan keikhlasan kepada kita dalam berdoa. Untuk terus mendidik jiwa kita menjadi hamba yang hanya bergantung harap semata-mata kerana Allah.
Apa yang diberikan sebenarnya lebih banyak daripada apa yang kita inginkan.Moga hari esok kita bangkit dengan jiwa penuh syukur kerana masih diberi kekuatan untuk berdoa. Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
Nikmat yang telah Allah beri, jarang kita syukuri.
Nikmat yang belum dimiliki, itulah yang sering kita ingini…
Namun tidak salah untuk terus meminta… tetapi
pintalah dengan hati yang bersyukur.Justeru, kemampuan hati kita untuk berdoa… itulah yang terlebih dahulu perlu kita syukuri!
Allah tidak akan gerakkan hati kita untuk berdoa, jika DIA tidak ingin memakbulkan doa itu.
Syukur… kerana dikurniakan hati yang masih mampu bersyukur.
via ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Satu hari nanti… Bila permintaan kita dimakbulkan, pandanglah sejenak ke belakang. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
” … Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.” (Al-Imran, 9)

A'isyah awfiyah (نور عائشة حسن)
Zaujah Azfaruddin
April 1991
"Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia."
Semoga perkongsian yang kecik ini dpt memberi manfaat kepada kalian..InsyaAllah



Email : annaukhti01@gmail.com
Whatsapp Only: 01137336121
Awak semua jangan lupa tinggalkan URL BLOG awak.. nanti boleh la kita BLOGWALKING.. KLIK icon PROFILE(^^)
Editor : AisyahAwfiyah