Aku memerhati
setiap panorama dunia, akhir zaman sebenarnya mencabar. Kadang-kadang tidak
sampai akalku berfikir kenapa ada manusia yang berani berkata
sewenang-wenangnya terhadap hukum Allah. Sedang manusia itu lebih mulia dari
binantang kerana akalnya yang dikurniakan untuk berfikir. Setiap pandangan mata
dan pendengaran telinga yang dikurniakan oleh Allah itu sepatutnya kita gunakan
sebaik mungkin. Kerana malas untuk berfikir akan kekuasaanNya yang luas
terbentang di depan mata, kau berkata mengikut nafsu semata-mata seolah-olah
kau buta untuk menilai yang mana lebih berkuasa sekarang.
Wahai
manusia, siapa engkau hendak menolak hukum dan undang-undang yang telah
ditentukan oleh Allah SWT. Apa kau sudah lupa yang kau juga dicipta oleh Allah
SWT, di izinkan hidup atas rahmat dari Allah SWT. Boleh tidur, berjalan,
ketawa, makan, berseronok dan sebagainya itu semuanya atas izin daripada Allah
SWT.
Ingat!
Kalau Allah SWT tidak mengizinkan apa-apa ke atas kau, kau tidak akan boleh
buat apa yang kaun buat pada mula kau lahir hingga sekarang.
Jangan
bongkak wahai manusia! Janganlah kau bersikap sombong di atas muka bumi Allah
SWT, sebab kau tidak memiliki apa pun melainkan semua yang ada pada hidup kau
dari hujung rambut hingga hujung kaki semunya milik Allah SWT. Dan DIA boleh
ambil balik pada bila-bila masa saja termasuk nyawa kau.
Bumi
yang kau pijak pun takut kepada Allah SWT, langit yang kau junjung pun gementar
dengan kebesaran Allah SWT. Lautan dan gunung-ganang tunduk kepada kebesaran
Allah SWT. Inikan pula kau makhluk yang lemah lagi hina nak menentang perintah
Allah SWT. Apa kau sedar kau tu siapa berbanding dengan Tuhanmu yang Maha Agung
mencipta alam semesta ini.
Kerana
pangkat kau hina aturan Tuhanmu, Kerana harta kau berjalan dengan penuh sombong
di atas muka bumiNya hingga kau lupa siapa yang lebih berkuasa.
Jika
kau kaya, ada yang lebih kaya dari kau. Namanya Qarin, ia hancur dimusnah oleh
Allah SWT kerana kesombongannya. Seandainya kau rasa hebat, ada orang yang
lebih hebat pangkatnya sebelum kau, namanya Firaun. Dia juga dihancurkan oleh
Allah SWT bersama segala pangkat kebesaran dan kerajaannya.
Dan
ingatlah! Sebelum kau ada Samiri yang sangat arif dan berhikmah, lalu ia
dimusnahkan oleh Allah SWT. Jangan bangga dengan pangkat yang ada, jangan
bangga dengan harta yang ada, jangan bangga dengan nama yang ada, jangan bangga
dengan pengaruh yang ada dan jangan bangga dengan kuasa yang kau ada sehingga
kau merasa kau lebih pandai dan arif dari Tuhanmu. Sampai kau menginkari segala
hukum dan aturan yang telah Allah SWT tentukan di dalam agama islam.
Ingatlah
wahai manusia! Kau tidak punya apa, segala inci yang kau punya sekarang
semuanya milik Allah SWT. Semuanya pinjaman semata-mata, pinjaman yang tidak
dikenakan bayaran selain dari menjadi hamba yang berima hanya kepadaNya. Jangan jadi seperti “kacang lupakan kulit”
buruk padahnya nanti. Dengarlah, hudud itu adalah undang-undang syariah yang
ditetapkan oleh Allah SWT bukan manusia. Allah SWT yang menetapkan segalanya di
dalam hidup kita bukan kita kerana DIA lebih mengetahui segala sesuatu. Hudud yang
diciptakan oleh Allah SWT untuk hambaNya amatlah bersesuaian dengan fitrah
manusia yang DIA cipta di atas muka bumi ini. Tapi disebabkan kebongkakkan dan
kesombongan yang ada di dalam diri kau. Kau menentang seolah-olah kaulah lebih
arif dari Tuhanmu. Agama islam itu bukan agama yang diamal separuh, tetapi
perlu diamalkan sepenuhnya. Sepenuhnya bermaksud keseluruhan perkara larangan
dan perintah dari Allah SWT. Allah SWT lebih berhak ke atas diri kita
berbanding kita berhak atas diri kita sendiri.
Fikirlah
wahai manusia, apa gunanya Allah ciptakan manusia bersama akal yang berada di
tempat yang paling tinggi di atas kepalamu tetapi kau tidak gunakannya untuk
berfikir dengan lebih baik dan bersyukur di atas nikmat akal fikiran itu. Bumi yang
dipijak ini bukan tempat selamanya. Kau akan mati dan semuanya akan mati serta
musnah begitu sahaja. Bahkan bumi ini juga akan hancur, segala hartamu akan
hancur lebur dengan kuasa Allah SWT. Dan di waktu itulah baru kau sedar bahawa
apa yang lakukan sebelum ini adalah salah dan kau telah membuat Tuhanmu murka
kepada mu. Apakah itu yang kau mahu? Di waktu itu juga sudah tiada maaf dan
ampun dari Allah untuk kau wahai manusia..SEDARLAH!!
Fikirlah
wahai manusia, sekiranya kau mati di dalam kemaksiatan. Kau akan dibangkitkan
sama di dalam keadaan kemaksiatan. Apa kau mahu begitu? Tanya dirimu renungilah
dirimu, apa kau sanggup mengadap Allah SWT di dalam kau sedang membuat maksiat.
Apa kau tidak malu?
Sedarlah
wahai manusia, kita semuanya hamba Allah yang lemah dan tak berdaya. Jangan bongkak
dan sombong pada sesuatu yang bukan milik kita. Sedangkan kita hanya hamba Allah
SWT yang di pertanggungjawab menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Sebenar-benar
khalifah dan hamba yang beriman.
“Marilah
kita sama-sama muhasabah dan berubah.. kembali kepada jalan Allah adalah
sebaik-baik jalan penyelamat di akhirat kelak”
Dari seorang hamba yang Fakir
Noor Aishah (AisyaMuslim)
No comments:
Post a Comment