Monday, May 05, 2014

Terus Berdoa


Bila mana Allah masih memberikan kekuatan kepada kita untuk berdoa, teruslah berdoa. Mintalah pertolongan daripada Allah untuk kurniakan kesabaran pada kita dalam berdoa. Untuk mengurniakan keikhlasan kepada kita dalam berdoa. Untuk terus mendidik jiwa kita menjadi hamba yang hanya bergantung harap semata-mata kerana Allah.
Apa yang diberikan sebenarnya lebih banyak daripada apa yang kita inginkan.
Nikmat yang telah Allah beri, jarang kita syukuri.
Nikmat yang belum dimiliki, itulah yang sering kita ingini…
Namun tidak salah untuk terus meminta… tetapi
 pintalah dengan hati yang bersyukur.
Allah tidak akan gerakkan hati kita untuk berdoa, jika DIA tidak ingin memakbulkan doa itu.
Justeru, kemampuan hati kita untuk berdoa… itulah yang terlebih dahulu perlu kita syukuri!
Syukur… kerana dikurniakan hati yang masih mampu bersyukur.
via ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Moga hari esok kita bangkit dengan jiwa penuh syukur kerana masih diberi kekuatan untuk berdoa. Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
Satu hari nanti… Bila permintaan kita dimakbulkan, pandanglah sejenak ke belakang. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
” … Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.” (Al-Imran, 9)
 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.