Wednesday, April 01, 2015

APAKAH HAK KAMU HENDAK MENOLAK HUKUM ALLAH?

Untitled
Aku memerhati setiap panorama dunia, akhir zaman sebenarnya mencabar. Kadang-kadang tidak sampai akalku berfikir kenapa ada manusia yang berani berkata sewenang-wenangnya terhadap hukum Allah. Sedang manusia itu lebih mulia dari binantang kerana akalnya yang dikurniakan untuk berfikir. Setiap pandangan mata dan pendengaran telinga yang dikurniakan oleh Allah itu sepatutnya kita gunakan sebaik mungkin. Kerana malas untuk berfikir akan kekuasaanNya yang luas terbentang di depan mata, kau berkata mengikut nafsu semata-mata seolah-olah kau buta untuk menilai yang mana lebih berkuasa sekarang. 

Wahai manusia, siapa engkau hendak menolak hukum dan undang-undang yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Apa kau sudah lupa yang kau juga dicipta oleh Allah SWT, di izinkan hidup atas rahmat dari Allah SWT. Boleh tidur, berjalan, ketawa, makan, berseronok dan sebagainya itu semuanya atas izin daripada Allah SWT.
Ingat! Kalau Allah SWT tidak mengizinkan apa-apa ke atas kau, kau tidak akan boleh buat apa yang kaun buat pada mula kau lahir hingga sekarang. 

Jangan bongkak wahai manusia! Janganlah kau bersikap sombong di atas muka bumi Allah SWT, sebab kau tidak memiliki apa pun melainkan semua yang ada pada hidup kau dari hujung rambut hingga hujung kaki semunya milik Allah SWT. Dan DIA boleh ambil balik pada bila-bila masa saja termasuk nyawa kau.
Bumi yang kau pijak pun takut kepada Allah SWT, langit yang kau junjung pun gementar dengan kebesaran Allah SWT. Lautan dan gunung-ganang tunduk kepada kebesaran Allah SWT. Inikan pula kau makhluk yang lemah lagi hina nak menentang perintah Allah SWT. Apa kau sedar kau tu siapa berbanding dengan Tuhanmu yang Maha Agung mencipta alam semesta ini.

Kerana pangkat kau hina aturan Tuhanmu, Kerana harta kau berjalan dengan penuh sombong di atas muka bumiNya hingga kau lupa siapa yang lebih berkuasa.
Jika kau kaya, ada yang lebih kaya dari kau. Namanya Qarin, ia hancur dimusnah oleh Allah SWT kerana kesombongannya. Seandainya kau rasa hebat, ada orang yang lebih hebat pangkatnya sebelum kau, namanya Firaun. Dia juga dihancurkan oleh Allah SWT bersama segala pangkat kebesaran dan kerajaannya.

Dan ingatlah! Sebelum kau ada Samiri yang sangat arif dan berhikmah, lalu ia dimusnahkan oleh Allah SWT. Jangan bangga dengan pangkat yang ada, jangan bangga dengan harta yang ada, jangan bangga dengan nama yang ada, jangan bangga dengan pengaruh yang ada dan jangan bangga dengan kuasa yang kau ada sehingga kau merasa kau lebih pandai dan arif dari Tuhanmu. Sampai kau menginkari segala hukum dan aturan yang telah Allah SWT tentukan di dalam agama islam.

Ingatlah wahai manusia! Kau tidak punya apa, segala inci yang kau punya sekarang semuanya milik Allah SWT. Semuanya pinjaman semata-mata, pinjaman yang tidak dikenakan bayaran selain dari menjadi hamba yang berima hanya kepadaNya.  Jangan jadi seperti “kacang lupakan kulit” buruk padahnya nanti. Dengarlah, hudud itu adalah undang-undang syariah yang ditetapkan oleh Allah SWT bukan manusia. Allah SWT yang menetapkan segalanya di dalam hidup kita bukan kita kerana DIA lebih mengetahui segala sesuatu. Hudud yang diciptakan oleh Allah SWT untuk hambaNya amatlah bersesuaian dengan fitrah manusia yang DIA cipta di atas muka bumi ini. Tapi disebabkan kebongkakkan dan kesombongan yang ada di dalam diri kau. Kau menentang seolah-olah kaulah lebih arif dari Tuhanmu. Agama islam itu bukan agama yang diamal separuh, tetapi perlu diamalkan sepenuhnya. Sepenuhnya bermaksud keseluruhan perkara larangan dan perintah dari Allah SWT. Allah SWT lebih berhak ke atas diri kita berbanding kita berhak atas diri kita sendiri. 

Fikirlah wahai manusia, apa gunanya Allah ciptakan manusia bersama akal yang berada di tempat yang paling tinggi di atas kepalamu tetapi kau tidak gunakannya untuk berfikir dengan lebih baik dan bersyukur di atas nikmat akal fikiran itu. Bumi yang dipijak ini bukan tempat selamanya. Kau akan mati dan semuanya akan mati serta musnah begitu sahaja. Bahkan bumi ini juga akan hancur, segala hartamu akan hancur lebur dengan kuasa Allah SWT. Dan di waktu itulah baru kau sedar bahawa apa yang lakukan sebelum ini adalah salah dan kau telah membuat Tuhanmu murka kepada mu. Apakah itu yang kau mahu? Di waktu itu juga sudah tiada maaf dan ampun dari Allah untuk kau wahai manusia..SEDARLAH!!

Fikirlah wahai manusia, sekiranya kau mati di dalam kemaksiatan. Kau akan dibangkitkan sama di dalam keadaan kemaksiatan. Apa kau mahu begitu? Tanya dirimu renungilah dirimu, apa kau sanggup mengadap Allah SWT di dalam kau sedang membuat maksiat. Apa kau tidak malu?
Sedarlah wahai manusia, kita semuanya hamba Allah yang lemah dan tak berdaya. Jangan bongkak dan sombong pada sesuatu yang bukan milik kita. Sedangkan kita hanya hamba Allah SWT yang di pertanggungjawab menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Sebenar-benar khalifah dan hamba yang beriman.

“Marilah kita sama-sama muhasabah dan berubah.. kembali kepada jalan Allah adalah sebaik-baik jalan penyelamat di akhirat kelak”

Dari seorang hamba yang Fakir
Noor Aishah (AisyaMuslim)
 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.