Tuesday, March 17, 2015

Jom!! Elakkan dari TIDUR SELEPAS SUBUH

 
  
Alhamdulillah hari ni aisya nak kongsikan sesuatu yang bermanfaat dari buku Gen-Q, penulisan ini ditulis oleh suami kepada Ustazah Fatimah Syarha iaitu Dr. Farhan Hadi.. kedua-duanya memang favorite writer aisyah..sweet sangat kan hihi
Sebaik sahaja memberi salam, kita menadah tangan untuk berdoa. Sambil berdoa, tangan kita beberapa kali menutup mulut yang sedang menguap. Suhu di luar masih dingin. Suasana masih gelap dan berkabus. Jam baru menunjukkan pukul 6.15 pagi. Kebetulan pula hari tu hari minggu , tiada kuliah, tiada sesi persekolahan.
Tilam, bantal dan selimut seolah-olah melambai-lambai kepada kita. “Tarikan magnet” daripada mereka sungguh kuat. Kija menyahut panggilan mereka, dalam masa kurang satu minit mata akan terlelap. Tidur pada waktu itu memang nikmat.lebih lazat dari waktu-waktu yang lain. Mimpi indah sering menjelma saat itu. Mimpi seperti itu jarang di temui pada waktu-waktu lain. Sebab itulah ia telah menjadi satu hobi bagi sesetengah orang.
Sebenarnya otak kita sedang berada di tahap yang aktif pada waktu itu. Ia sepatutnya digunakan sebaik mungkin utnuk mengulang kaji pelajaran atau membuat kerja-kerja yang berfaedah. Rugilah jika otak yang aktif itu digunakan untuk menjemput mimpi-mimpi indah dan mengasyikkan.
Waktu pagi ialah waktu yang penuh berkat dan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Namun secara realitinya, masih ramai orang yang mengamalkan tidur selepas subuh, terutamanya apabila hari cuti persekolahan atau cuti pekerja. Sememangnya tiada dalil  khusus yang melarang untuk tidur pada waktu ini. Namun ia amalan yang tidak disukai oleh para ulama dan salafussoleh. 
 Sebuah hadis berbunyi : “ Ya Allah, berkatilah umat ini yang berpagi-pagi.” (riwayat at tirmizi, abu daud dan lain-lain).
Berdasarkan dalil inilah para ulama memakruhkan tidur selepas subuh. 

5 SEBAB ELAKKAN TIDUR SELEPAS SUBUH

 Bukan amalan para ulama dan soleh.
Para ulama dan orang soleh terdahulu membenci tidur pada waktu ini. Seorang ulama yang terkenal dalam pelbagai bidang ilmu; ibn Qayyim meberi penegasan tentang hal ini. Beliau menjelaskan bahawa tidur pada waktu ini boleh mematikan hati, membuatkan badan menjadi malas dan juga mensia-siakan waktu yang berharga.

Terlepas menghirup udara segar
Kajian menunjukkan udara pada jam 3.00 pagi sehingga 7.30 pagi paling segar dan terbaik untuk dihirup. Ia bersih daripada asap-asap kenderaan dan gas-gas beracun.. udara yang segar ini sangat penting untuk mengembalikan kesegaran otak dan tubuh.

Menimbulkan rasa malas dan tidak bersemangat pada hari tersebut
Ibn Qayyim berkata: “ pagi hari umpama hari muda seseorang manakal hari muda seseorang, manakala waktu amalan ibarat hari tuanya. Amalan seseorang pada waktu muda sangat berpengaruh kepada amalan sewaktu tuanya. Jika seseorang sudah bermalas-malas pada pagi hari, maka dia juga akan menjadi malas pada waktu petang dan malam.

Pintu rezeki menjadi sempit
Rasulullah s.a.w melihat Fatimah r.ha. sedang berbaring setelah solat subuh, lalu Baginda bersabda, maksudnya: “Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki tuhanmu dan janganlah engkau jadi daripada kalangan orang yang lalai. Sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbitnya fajar sehingga terbitnya matahari” (Riwayat al-Baihaqi)

Mendatangkan beberapa jenis penyakit ada badan seperti lemah syahwat.

Jom..kita amalkan supaya jangan tidur selepas solat subuh.. lagi pula tidur selepas subuh bukanlah amalan Rasulullah saw.. cuba checklist balik betul tak apa yang dia tulis terjadi kepada diri kita..kalau betul jom sama-sama kita ubah..moga Allah akan lebih memberkati hidup kita InsyaAllah 




Saturday, March 07, 2015

RUKUN SOLAT

Rina Kastrati | via Facebook 
Ahlan wasahlan semua!! Ya Allah...lamanya tak update blog..hehe aisya tengok ada lagi yang sudi ziarah dan bagi komen walaupun aisya dah lama tak up to date post untuk korang semua.
"bukan busy..tak! tak!"
"habis tu?"
"tak berkesempatan hihihi..."
 
Okey syukur Alhamdulillah sangat sebab aisya masih lagi diberikan nafas dan gerak tangan untuk menaip buat santapan korang semua. hari ni punya tajuk posting bab rukun solat. ye la kan kita tau nak solat macam mana dan kita pun kena lah jugak belajar rukun-rukun di dalam solat kalau tak macam mana nak kira solat tu..kan?
 
RUKUN SOLAT:
1. Niat
2. Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukan secara duduk, berbaring, terlentang atau dengan syarat.
3. Takbiratul Ihram
4. Membaca surah al fatihah
5. Rukuk dan tamakninah
6. Iktidal dengan tamakninah
7. Sujud dua kali dengan tamakninah
8. Duduk antara dua sujud dengan tamakninah
9. Duduk tahiyat akhir dengan tamakninah
10. Membaca tahiyat akhir
11. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada tahiyat akhir.
12. Membaca salam yang pertama
13. Tertib. ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.

Tamakninah bermaksud diam sebentar ketika melakukan rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud dalam solat.
Alhamdulillah..harap perkongsian kecik ni dapat membantu sahabat-sahabat aisya semua..dan aisya jugak! ilmu kena cari..kalau tak ada ilmu macam mana nak buat perintah Allah..kan? jadi sama-sama kita cari k.. aisya cari then kongsikan dengan korang..kalau korang ada ilmu kongsikan dengan aisya sama k..
 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.