Monday, December 21, 2015

Sudah hampir ke hujung............

anime, blossoms, and gif image
Ahlan semua.. mestikan entri dari aisya kan, sekali sekala nak taip memang susah habis sangat pos la benda ilmiah atau pun freebies atau tutorial tu ja la kan.. dah jarang nak menaip cerita panjang-panjang. Kadang diri ni terfikir orang bukannya rajin sangat nak baca entri panjang-panjang kan..kadang-kadang tu sebab aisya sendiri yang malas nak menaip hihi tu yang betul sebenarnya..
Dah sampai hujung tahun 2015 dan hari ni 10/ 12 / 2015 bersamaan hari Rabu..
sekejap ja masa berlalu kan..macam tak sempat nak simpan apa-apa kenangan yang manis.
Tahun 2015 adalah tahun pembelajaran untuk diri..mungkin..
banyak belajar benda baru..banyak belajar perangai-perangai manusia yang bermacam-macam dalam zaman pekerjaan..sangat mencabar jiwa dan kesabaran betui.. banyak subjek kehidupan yang tak pernah aisya tahu sebelum ni dan sedikit sebanyak mematangkan pemikiran.

Watak sendiri pun dah banyak yang berubah.. mungkin sebab suasana yang mengubah diri menjadi lebih kasar dan keras dalam keputusan tp hakikatnya menangis didalam.. biasa itu perkara biasa bagi setiap manusia aisya fikir itu normal..kan sebab semua lalui benda macam tu. semua akan diduga macam tu..jadi biasa nama pun manusia..hihi
truly! gembira walaupun tahun depan semakin tua oh tidak!! haha makcik sebelah rumah cakap

"Tua pada tahun..muda pada wajah.." huhu

tapi ada ja yang tua pada wajah muda pada tahun huhu tak faham? mksudnya wajah dia tua dari umur dia haha jangan marah ya gurau ja..

InsyaAllah untuk tahun hadapan blog PENCARI CAHAYA ILLAHI ini akan lebih banyak bahan ilmiah untuk dikongsi walaupun dari blog lain sebagai santapan sahabat-sahabat semua. mohon maaf di atas kekurangan diri..ketidakperhatian pada soalan sahabat-sahabat semua..mohon juga teguran dari sahabat yg prihatin moga kita semua termasuk aisyah akan menjadi lebih baik pada tahun hadapan InsyaAllah Amin!!


Wednesday, December 02, 2015

Mungkin Terlalu BAIK...


anime, beautiful, and sakura image
 
Bismillahirahmnirahim...
pertama dan selamanya..bersyukur kehadrat Allah SWT dengan penuh rasa tenang.
hembusan nafas yang dahulunya kencang kini sudah mula perlahan

"Aku lega akhirnya...."

itu saja yang mampu aku ucapkan selepas apa yang telah aku tempuh sepanjang tahun 2015 ni..
bagi aku tahun ni banyak keperitan, kesedihan, kesusahan dan kehilangan.. 
tahun ni seolah tahun aku dilatih dengan begitu kuat untuk terus kuat ditahun0tahun hadapan.

"Mungkin aku terlalu baik kepada mereka.."

Bisik hati aku sendiri..ya! mungkin aku terlalu baik kepada mereka sehingga mereka seolah-olah tidak langsung memikirkan hati dan perasaan yang aku tahan.

kenapa dengan aku..kenapa dengan diri aku..kenapa dengan mulut aku yang hanya mampu mengucapkan 

"Tak pa..."

sedangkan aku tidak mahu untuk menerima itu bukan kerja aku.. tapi kenapa aku tidak boleh mempertahankan diri aku sendiri daripada terus terusan memberi muka kepada mereka yang hanya ingin mengambil kesempatan di atas kebaikan aku.

wahai mulut, katakanlah "tidak mahu..aku tidak mahu!!" kenapa susah benar kau hendak mengucapkan ucapan sebegitu sedangkan dalamanmu menjerit meronta tidak mahu..
kenapa kau sanggup menipu diri kau sendiri...
terlalu banyak kali kau disakiti..kesilapan demi kesilapan diulang namun kepada kau masih menerima.. sedangkan air mata keperitan dan kepenatanmu tidak seorang pun mengetahuinya.
apa kau sanggup terusan begini..?

Bangunlah wahai diri.. jangan terlalu baik dengan mereka yang hanya memperbodohkanmu.
kuatkan tekadmu agar kau kukuh di dalam prinsip hidupmu..
kenapa harus kau sahaja perlu memikirkan kebahagiaan mereka..bagaimana dengan kebahagiaan dirimu.. semua manusia layak untuk mendapat kasih sayang dan kebahagiaan.
dan kau wahai diri hanya tahu bahagiakan mereka kenapa kau tidak membahagiakan dirimu dahulu sebelum mereka.

Tuesday, December 01, 2015

kata-kata dari QALBIKU


aesthetics, amazing, and animation image
Dulu aku selalu terbayang,
Yang aku akan berkahwin pada sejengkal usia dua puluh an,
Atau paling tidak,
Lewat belasan.
Tidak pernah impikan mewahnya perkahwinan,
Asal agama, juga baiknya keturunan yang di hamparkan,
Cukup.
Tapi tidak.
Masih tawar hati untuk terima setiap insan yang singgah.
Masih di belenggu kisah ‘dulu’.
Masih tidak boleh hadap perasaan yang tidak sudah-sudah.
Ya Tuhan.
Permudahkan.
Berilah aku kekuatan seperti dulu.
Sekurang-kurangnya peluang,
Berjuang untuk aku melahirkan,
Ramai pejuang agama,
Serta meramaikan umat Nabi Muhammad SAW.
Setidaknya,
Sebelum ayah bonda pergi,
Tinggalkan aku sendiri.
**Setidaknya,
Sebelum ayah bonda pergi,
Tinggalkan aku sendiri.**

Friday, October 23, 2015

SOLAT SUNAT RAWATIB (QABLIYAH / BA'DIYYAH)

Anime scenery gif #6
Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatibyang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.

Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunat Ba’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.

Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Ba’diyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi.
 Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi) 
Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)
Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (H.R. At-Tabrani)
.
Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh.

 

Solat sunat Rawatib yang mu’akkad

  1. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Subuh.
  2. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  3. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  4. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Maghrib.
  5. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Isyak
CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT RAWATIB
1. Cara mengerjakan Solat Sunat Rawatib ini sama seperti dengan cara mengerjakan solat Subuh, hanya niatnya yang berbeza. Solat Sunat Rawatib Zuhur, berniat mengerjakan solat sunat rawatib Qabliyyah atau Ba’diyyah dan dikerjakan dengan cara individu (Munfarid, tidak berjamaah).

Niat Solat Rawatib:
a.  Solat Sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum)
 
Daku menunaikan solat sunat sebelum (Zuhur / Asar / Isyak / Subuh) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
b.  Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah (selepas).
 
Daku menunaikan solat sunat selepas (Zuhur / Maghrib / Isyak) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
 
 Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat 1:  Surah al-Kafirun
Rakaat 2:  Al-Ikhlas

Peringatan:

Semasa melakukan takbiratul ihram solat sunat Rawatib, wajib diniatkan sama ada solat itu Qabliyyah atau pun Ba;diyyah. 
Solat sunat sebelum fardhu Subuh dan sebelum fardhu Asar tidak perlu disebut atau diniatkan Qabliyyah. 
Solat-solat sunat Rawatib ini tidak dituntut berjama’ah.
Solat-solat sunat Rawatib lebih utama dikerjakan di rumah. 
Jika lebih 2 raka’at, lakukan tiap-tiap 2 raka’at satu salam.

SAHAM KALAMULLAH : 4 Tahap mempelajari AL QURAN

https://shafiqolbu.files.wordpress.com/2014/07/empat-tahap-mempelajari-al-quran.jpg
Daripada Aisyah r.a. telah berkata; Bersabda Rasulullah ﷺ :


“Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya dia mendapat dua jenis pahala. Dan sebaik-baik manusia di antara kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.” (Riwayat Bukhari)
 Sumber sini

Sunday, September 27, 2015

Freebies: Background CBOX part 2 (own made)

Anime
alhamdulillah... semua, hari ni terasa rajin pulak sebabnya cuti sekolah dah nak habis .. esok dah kena masuk mengajar balik..maka berakhir hari-hari malasku di rumah hihi..
dah lama rasanya tak menaip..tangan pun dah rasa sengal-sengal sebab dah lama letak jawatan penulis dan pengedit blog haha.. In Syaa Allah atas doakan kalian jugak aisyah sihat lagi..kan 
Baiklah...nak kasi freebies lagi dekat korang yang suka sangat men'comel' kan blog sendiri dan juga kepada yang rajin stalker my blog hihi...stalker jer k jangan copycat's  pulak na.. kalo nak jugak copy plizz guisss tolong kreditkan ke aisyah na.. 
http://i1248.photobucket.com/albums/hh491/ai_sya1/7_zpschtlrz7h.jpg


http://i1248.photobucket.com/albums/hh491/ai_sya1/6_zpsq1mlpqgy.jpg


http://i1248.photobucket.com/albums/hh491/ai_sya1/5_zps6lbrfufu.jpg


http://i1248.photobucket.com/albums/hh491/ai_sya1/3_zpsrhbnioto.jpg


http://i1248.photobucket.com/albums/hh491/ai_sya1/2_zpsqtwxn6ig.jpg


http://i1248.photobucket.com/albums/hh491/ai_sya1/1_zpsxrzxz3r8.jpg

Cara nak masukkan background cbox bagi yang tak pernah buat lagi sebelum boleh rujuk toturial disini 
SELAMAT MENCUBA

Friday, September 25, 2015

amalan harian dalam hidup

💘 
 Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh.
 Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.
 Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman.
 Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.


 Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
Kemudian selepas 15 min naik matahari, solat sunat Isyra q 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.
 Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan di antara jam 8-12 tghari. Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan org2 yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

  solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

  Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

 Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

 Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

 Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

  Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

 Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

 Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

 Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

 Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.


 Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

  
 Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

 Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

 Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.

 Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.

  Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.

 Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.


*moga kita lebih DEKAT dengan ALLAH S.W.T....amin 
 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.