Thursday, January 02, 2014

Saya KEMBALI ke Sekolah

Ahlan wasahlan sahabat..Kaifa hal? InsyaAllah Alhamdulillah semuanya.. Syukur sangat sebab dapat online dan dapat menyonteng kata-kata di blog ni lagi.. lama ku menghilang kini timbul kembali hehe.. mesti rindu kan? Cececece..hehe.. okey posting kali ni pasal sekolah.. Alhamdulillah aisya diterima bekerja di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum SRIDU Langkawi sebagai seorang GURU hehe.. Ya Allah satu amanah dan tanggungjawab yang sangt besar tu..mendidik tapi syukur Allah berikan peluang ni kepada insan yang sangat hina dan lemah ni.. Salah satu sebab tak online lama adalah diatas faktor kemasukan ke sekolah bagi sesi 2014 jadi sibuk uruskan apa yang patut..
 
 
Jadi hari ni 1 Januari 2014, Hari pertama sekolah dibuka.. beramai-ramai adik-adik kecik molek dengan pakaian seragam sekolah..comel datang sekolah dengan mak ayah.. pertama kali kenal tempat bernama sekolah dan insan yang bernama cikgu.. ada yang menangis nak balik, ada yang minta mak teman sampai balik, ada yang kencing dalam seluar dan macam-macam.. pertama kali aisya berada dalam situasi macam tu tapi seronok sebenarnya teringat zaman budak-budak dulu.
Apa yang best nya sekolah ni, perhimpunan dibuat pada hari Ahad sahaja..hari yang berikutnya sampai sekolah awai pagi terus pergi suara baca Al Quran dan menghafal..masa dalam kelas pun kena baca Al Quran..boleh dikatakan Al Quran akan sentiasa berada diatas meja diorang..

Tengok wajah diorang sejuk hati..bertambah-tambah rasa seronok nak mengajar, mungkin tempat ni tenang walaupun kekadang budak-budak buas, main-main, banyak cakap tapi Alhamdulillah dapat lalui dengan gembira ^^.. Tahun baru Cabaran pun baru.. Cabaran menjalankan tugas sebagai seorang guru.
Mungkin bagi sesetengah orang mereka tidak memandang Sekolah Agama salah satu sebab gaji murah.. Ya memang sini gaji murah tapi Ingat ganjaran di Akhirat lebih besar dari di dunia.. Jangan menyesal kalau kita sudah berkhidmat atau ada niat nak berkhidmat di sekolah agama.. Niat apa yang kita buat tu KERANA ALLAH semata-mata InsyaAllah segala urusan kita akan dipermudahkan olehNya..Yakin lah ^^

Sepanjang aisya bekerja disini, betul.. aisya rasa lebih matang untuk bertindak dan membuat keputusan demi masa depan anak-anak aisya yang tak tahu apa-apa lagi tentang dunia. Aisya merasa cukup dengan apa yang aisya dapat sekarang dan sangat-sangat bersyukur dibuka rezeki disini berbanding dengan sebelum ni.. Yakin juga setiap apa yang berlaku pada kita hari ni mungkin ada hikmahnya dikemudian hari..jadi jangan putus asa dengan rahmat dari Allah swt.. minta pertolongan dan perlindungan dariNya dari benda2 yang merugikan kita bila kita mati nanti..

Jadi semua sahabat-sahabat aisya.. jangan lupa panggil aisya "CIKGU" tau..hehehe (sejuk ja hati bila anak murid panggil cikgu..tak jadi nak garang) hehe.. okey melawak ja.. lama tak buat lawak King kat blog ni.. Sampai sini ja citer kali ni.. alaaahhh pendeknya kan..hehe ~tak larat nak menaip sebenarnya~ hehe.. nanti aisya post lagi k..(bila lagi ntah hehe)..  Kepada adik-adik yang masa bersekolah tu..tolong dengar apa cikgu cakap dan pesan sebab memang penat jadi seorang cikgu..penat bercakap hehe..

Solat jangan tinggal tau! Ingat Allah selalu..guna gam gajah lekat dihati tu nama Allah ^^.. semoga setiap langkah kita hari ni esok dan sampai bila-bila sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayangNya..InsyaAllah.. Papai..^___________^v..


 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.