Thursday, November 13, 2014

I'M BACK!!

http://media.giphy.com/media/VgClqfxi2w1KU/giphy.gif
 
Ahlan wasahlan semua..yeay..bestnya dapat menaip lagi hihi
 
APA KHABAR?? KHAIFA HAL?... i'm exciting girl now..hihi alhamdulillah dapat pegang keyboard dan menulis lagi dalam blog ni.. rasanya dah lama sangat dah tak menaip, tak berangan, tak mengarut dan tak berceloteh dalam blog..rindu sangat.. hehe okey rasa macam nak menulis story ja pas ni..nak angau-angau sorang diri kan..bestnyaaaaa..hihi

Syukran jiddan semua yang masih tak putus-putus ziarah dalam blog pci ni walaupun tuan belog dia menyepi sekian lama kan.. tapi berkat doa kalian insyaAllah aisya is BACK!! haha buat gempak sikit. okey teruskan membaca entri2 yang akan datang InsyaAllah akan bermanfaat untuk semua.. semoga perjalanan hidup kalian sentiasa dipermudahkan dan diperkuatkan oleh Allah swt InsyaAllah.. 


Tuesday, September 23, 2014

Tutorial Humayrah Shawl

Ini adalah TUTORIAL cara nak pakai Humayrah Shawl.. MUDAH DAN CEPAT!!
Cer try..cer try..!!
SELAMAT MENCUBA.. 




Sunday, August 31, 2014

Bila datang musim kahwin.. i am waiting..no

The Story about her Wedding!!
Felling so wonderful.. She wants me to be apart on her story wedding..
so, i brought her..my special doodle just for the lovely girl my friends..
Congratulation dear!!

Doodle The Latest..Tangan menggatal nak melukis..

http://37.media.tumblr.com/tumblr_mcbsy121a11rjvf24o1_500.gif
 
Back to draw!! rasanya dah lama xmelukis sejak2 keja ni..tp Alhamdulillah doodle masih cute miut cm dulu jugak.. jadi utk santapan semua yang merindui drawing doodle yg paling latest dari Ai'sDoodles..ini hasilnya..doodle aisya dah terbang jauh melancong ke negara orang hehe

 
 
https://scontent-b-sjc.xx.fbcdn.net/hphotos-xfp1/v/l/t1.0-9/10522445_687102971376474_307417821388393157_n.jpg?oh=4c1b5f2fcc5b7e5305eaeaa2a53e1245&oe=547C20A4  


Monday, June 30, 2014

Cuba cari ruang yang masih tersimpan..aku boleh!

http://37.media.tumblr.com/c297a0cdcda6305434adb152ed22b270/tumblr_n4hv2bMzS31s0th0jo1_500.jpg
 
Ahlan wasahlan semua.. kembali menaip, sejak tutup 'mukabuku' ni..blog dan ig ja jd santapan mata. tgk ruang penulisan tapi tak tahu nak coret apa dalam ruang tu..kosong ja rasa, tak ada idea yang baik untuk dikongsi.
Sejak akhir-akhir ni macam-macam masalah datang..bulan ramdhan diuji dengan macam2 dugaan sampai nak bernafas pun rasa sesak di dada.. kepala pun naik pening yang mana dulu nak selesaikan. ada yang dah selesai datang timbul balik. sekarang banyak habiskan masa untuk diri sendiri sampai terlupa ada orang memerlukan diri ini.
Ya! aku diperlukan sangat ni oleh mereka tapi aku sendiri sarat dengan masalah kiri kanan atas bawah.. sampai satu tahap bermandi dengan air mata. Ya Allah.. bila dugaan datang bagai batu besar terhempap atas kepala boleh rasa kesakitan sampai sesak dada. rasa nak lari..jauh dari semua orang tapi mana mungkin..mereka memerlukan perhatian dan tumpuan dari aku. bagai mana nak motivasikan orang lain kalau diri kita sendiri tak tentu arah..rasa tak mampu..sangat2 tak mampu.
tapi..aku cuba..cuba cari ruang yang masih tersimpan kerana aku yakin boleh hadapi, mulut tak mampu nak berkata2 kepada mereka yang diri ini sedang lemas. aku mendengar kerana aku tahu dengan hanya menjadi pendengar yang baik mereka akan rasa dihargai dan terasa lega dari masalah mereka. tapi sungguh tak ada perhatian, sambil mendengar kepala memikirkan masalah diri sendiri..maafkan diri yang lemah ni kerana tak mampu nak beri perhatian yang terbaik seperti sebelum ni. yang pasti..cuma seungkap kata yang dapat diberi kepada mereka..
 
"Sabar..ini dugaan dari Allah.."
 
Ya..ini dugaan dan aku sedang melalui fasa yang menyakitkan itu. tersenyum dan cuba beri aura positif dan kekuatan kepada mereka..walaupun didalam hati sedang menangis sekuat2nya. 
 
"Hati..semoga kau tabah dan kuat, bukan untuk hari ini. Tapi untuk setiap hari yang akan datang"
 
Cukup bagi ku sekadar mendengar dan melihat senyum diwajah mereka..rasa dihargai, rasa ada seseorang disaat diri sedih dan perlukan tempat untuk meluahkan rasa yang tersimpan.. itu cukup memberi kebahagian kepada diri aku walaupun diri sendiri sedang bergolak. Jika itu membahagiakan mereka..maka aku akan cuba yang terbaik semampu diri yang lemah ini..
 
Kata murabbi "biarlah apa pun orang nak buat dekat kita..nak pinggirkan kita, nak tinggalkan kita macam tu saja ke..atau apa2 saja..TAPI kita jangan sesekali melakukan perkara tersebut kepada orang lain..kalau kita mudahkan orang lain Insya Allah..Allah swt akan mudahkan perjalanan hidup di dunia dan diakhirat"
 
 

Sunday, June 29, 2014

Ramadhan..sekian lama dinanti..

Ramadhan datang lagi!!! bertuahnya pada manusia-manusia yang masih diberikan kesempatan untuk bertemu dengan bulan ramdhan pada tahun ni. Dikesempatan yang masih ada ni mari kita sama-sama manfaatkan dia untuk beribadat sesungguh-sungguhnya agar bertambah pahala kita. mungkin kita takkan bertemu dengan ramadhan yang akan datang lagi.. Jom!! pecutan sekuatnya..InsyaAllah semoga dipermudahkan oleh Allah swt setiap jalan ibadah kita dibulan puasa ni.. aminn



Monday, June 23, 2014

Sebab semua kita ada kelemahan....

http://static.tumblr.com/b417f844e9313344e115bd92ee296cc7/oo1bgoh/h9Omkcqn4/tumblr_static_madoka10-17x.gif
Lebih baik rasanya jika kita menjadi diri kita sendiri
kenapa perlu hipokrit?
Sebab orang tak boleh terima kelemahan yang ada dalam diri kita..
macam tu ke?

"Tak suka dengan kelemahan orang? diri sendiri tu dah cukup sempurna? tak ada kelemahan?"
 
Awak..jadi diri sendiri lah..
kenapa nak peduli dengan apa orang nak cakap pasal kau
semua manusia ada kelemahan tersendiri..kalau dia tak suka kelemahan yang ada dalam diri kita..
kita atau orang lain suka ka kelemahan yang ada dalam diri dia?

"gemuk..!"
"Kuat berletiar"
"Garang..!"
"Berlagak Alim"
"Pendek.."
"Bodoh..!"
 
Sebelum nak ucap atau kata dekat orang.. 
 
Back to yourself first and get the mirror

Bukan untuk cari kesalahan diri
tapi...
jadikan sebagai motivasi untuk rujuk diri dulu sebelum kecam orang lain
kenapa nak cakap lebih kurang dengan orang sedangkan kita semua ada kelemahan diri dan tak sempurna..
Kalau kita tahu macam mana nak hormat perasaan sendiri..
mesti kita tahu macam mana nak hormat perasaan orang lain..

Tapi..
Kalau diri sendiri tak tahu macam mana nak hormat perasaan sendiri.. selalu fikir negatif
macam mana nak hormat perasaan orang lain..


Monday, June 16, 2014

Jika ini yang TERBAIK

Bila yang tertulis untuk ku, adalah yang terbaik buatmu. inshaAllah. Dan beringatlah, Allah itu sentiasa punya cara dalam memberi kebahagiaan pada kita, walaupan ianya mulamula nampak pahit di mata kita. Bila pahit yang kita rasa di dunia, inshaAllah akan manis di akhirah nanti. Tiada siapa yang tahu dan tiada siapa yang dapat menyangka melainkan Dia. Apa pun rasa perasaan yang kita rasa saat ini, kembalikan sahaja semuanya kepada Dia, kerna ketenangan jiwa itu hanya ada pada Dia. Dia yang memegang hati-hati kita. Tidak perlulah kita meroyan untuk mengatakan apa yang terbuku di lubuk hati itu. Tidak perlulah kita menjadikan MUKABUKU itu mangsa untuk kita lontarkan segala apa yang kita rasa. Cukup, cukup dan cukup. Biarlah ianya menjadi rahasiamu dgn Dia. Peliharalah maruahmu wahai kamu. Kadangkadang kata-kata itu walaupun tidak bermaksud apaapa, boleh saja ianya melukakan hati orang-orang yang berada di sekelilingmu. Sedar atau tidak sedar kamu sudah menyakiti hati orang lain.
 
 

Wahai FACEBOOK.. Sekarang aku lepaskan kau pergi....

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh

Kepada Sahabat-sahabat semua yang amat dikasihi dan dihormati
Mulai selasa (esk lusa) akaun facebook ini yang bernama 'Ai Sya' tidak akan berfungsi lagi atau DEACTIVATE.
diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan sangat mendesak untuk berbuat demikian.

Jadi dikesempatan yang masih ada ni, tuan akaun Facebook ni menyusun 10 jari tangan dan 10 jari kaki memohon maaf di atas segala kesalahan dan kesilapn sepanjang menggunakan facebook bersama kalian. mungkin tak berbalas kata, tidak berbalas komen, tidak berbalas chatting dan bersikap sombong atau apa-apa sahaja yang telah menguris perasan dan hati kalian. mungkin sepanjang penulisan di facebook telah membuatkan kalian terasa hati..maafkan tuan facebook ni. Sungguh! dia juga manusia yang punya kelemahan..dan tidak semua orang boleh menerima kelemahan yang ada dalam diri kita..cuma kita sendiri yang perlu memperbaikinya. Manusia tu tak sempurna..

Akaun tuan facebook ni akan ditutup untuk sementara waktu..bila buka balik? Entah....... doakan supaya dia cepat sembuh..supaya dia lekas-lekas kembali..InsyaAllah..

"Kepada sahabat-sahabat muslimatku sekalian, kalimah terakhir dari tuan facebook ni.. TUTUPLAH AURAT DAN JAGA AKHLAK SEPERTIMANA YANG DIPERINTAH OLEH ALLAH SWT.. kerana DIA sangat sayang dan kasih kepada kamu semua (termasuk tuan facebook ni jugak) dan tidak mahu kamu dijilat api neraka.."

"Besarkan Allah, kecilkan segala selain Dia. Jangan berat hati melepaskan dunia, kerana segalanya fana kecuali Dia." - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG BAKAL TIBA..JOM! SIAPKAN DIRI...

Talian kekal ukhwah:
- blog: http://aqmencaricahaya.blogspot.com/
- Telefon
- Wassap/wechat
- Insta

jazakumullahu khairan kathira we will meet again..Insya Allah..TAKE CARE!!
 

Friday, June 13, 2014

Mana DIRI AKU?

Aku terus terduduk di sini...
tidak bergerak sedikitpun..
Fikiranku terus berlegar dan mencari jawapan di setiap pelusuk hatiku.
Mana DIRI AKU?
Titisan air mata..seolah olah aku tidak mampu utk menghitungnya lagi.
Aku baru tahu.. membeli hati perempuan itu mudah.
 
"Berkali-kali aku cuba memahami jiwa sendiri..tapi aku masih gagal"
 

Thursday, June 05, 2014

UNTUKMU IMAMKU..

clouds, gif, and sky image
Terlintas tanya hati
Siapakah yang kan mengisi
Hari-hariku nan penuh cinta
Yang kan membawa ke syurga

Dia yang mencitaiku
Dan semua kekuranganku
Yang kan membimbingku di dunia
Menuju cinta yang kuasa

Reff:
Untukmu imamku
Kuserahkan segala cintaku
Cinta yang kan menuntunku
Meggapai cintanya bersama denganmu
Untukmu imamku
Kuberikan kesetiaanku
Berdua memadu janji satu
Sambut cintaku hanya untukmu

Monday, May 05, 2014

Terus Berdoa


Bila mana Allah masih memberikan kekuatan kepada kita untuk berdoa, teruslah berdoa. Mintalah pertolongan daripada Allah untuk kurniakan kesabaran pada kita dalam berdoa. Untuk mengurniakan keikhlasan kepada kita dalam berdoa. Untuk terus mendidik jiwa kita menjadi hamba yang hanya bergantung harap semata-mata kerana Allah.
Apa yang diberikan sebenarnya lebih banyak daripada apa yang kita inginkan.
Nikmat yang telah Allah beri, jarang kita syukuri.
Nikmat yang belum dimiliki, itulah yang sering kita ingini…
Namun tidak salah untuk terus meminta… tetapi
 pintalah dengan hati yang bersyukur.
Allah tidak akan gerakkan hati kita untuk berdoa, jika DIA tidak ingin memakbulkan doa itu.
Justeru, kemampuan hati kita untuk berdoa… itulah yang terlebih dahulu perlu kita syukuri!
Syukur… kerana dikurniakan hati yang masih mampu bersyukur.
via ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Moga hari esok kita bangkit dengan jiwa penuh syukur kerana masih diberi kekuatan untuk berdoa. Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
Satu hari nanti… Bila permintaan kita dimakbulkan, pandanglah sejenak ke belakang. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
” … Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.” (Al-Imran, 9)

Thursday, March 20, 2014

MH370 dalam doa..

Tumblr
 
Ahlan Wasahlan..Salam Mahabbah dari aisya untuk sahabat-sahabat yang sentiasa sudi membaca artikel/posting/entry dari blog kecik aisya ni. Alhamdulillah..seronok sebenarnya bila dapat menaip..memegang keyboard ni..rasa macam nak taip..mcm nak ceritakan. 

Ya..mungkin aisya terlambat seminggu lebih untuk membuat posting mengenai peristiwa yang sememamgnya mengejutkan seluruh Malaysia dan sekarang sudah seluruh pelusuk dunia tahu mengenainya.. MH370 ghaib dari radar pusat kawalan. aisya sendiri terkejut bila pertama kali dapat tahu sebuah kapal terbang yang penuh sarat dengan penumpang di dalamnya hilang macam tu ja.. macam mna boleh hilang? dekat mana dia sekarang? macam mana keadaan mereka? selamat kah mereka? macam-macam persoalan menerjah fikiran kita.. itu kita yang tak ada apa kaitan dengan mereka... bagaimana pula keluarga mereka? sedih..menyesal..risau dan macam perasaan datang bila mengenangkan keadaan yang menimpa keluarga yang menjadi penumpang MH370. 
 
 
 
Aisya tak nak ulas secara details kejadian berlaku bila dan bila? sebab aisya rasa semua dah sedia maklum kan..sekarang bukan itu yang orang nak tahu tapi yang orang nak tahu..apa yang keluarga mereka nak tahu adalah dimana kapal terbang MH370 tu dan macam mana keadaan keluarga mereka. Macam-macam spekulasi orang buat..itu ini.. tapi pemikiran kita terbatas sama sekali.. kita hanya boleh menjangka tapi kita tak tahu adakah jangkaan kita tu betul atau salah sama sekali.

Sahabat yang aisya kasihi semua, kalau kita dah berusaha bersungguh-sungguh mencari mereka.. marilah kita bertawakal kepada Allah swt. sebaik-baik perancangan manusia..perancangan dari Allah swt itu jauh lebih baik dan yang terbaik untuk hambaNya. Jangan berhenti berdoa utk mereka..jangan berhenti utk terus bergantung sepenuhnya kepada Allah swt. Dia Maha Mengetahui.. sedangkan kita cuma manusia hina. Yakin setiap apa yang terjadi pasti ada sebab dan hikmahnya.. tapi kita tak tahu.. Sedihh..sehingga hari ni 20/3/2014 masih tak jumpa mereka tapi..kita tak boleh putus asa dengan rahmat dan kasih sayang daripada Allah swt.. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Sabar dalam penantian MH370.. 
Wallahualam..

Wednesday, February 26, 2014

Sukan SRIDU..Mengukir kenangan yang terindah

Ahlan Wasahlan sahabat-sahabat aisya..Alhamdulillah..mesti jemu kan. bila masuk blog benda yang sama..masuk ja benda yang sama..al maklum lah, sudah lama xmeng 'update' blog usang tambah berhabuk ni. syukur sangat sebab dapat online dan buka blog yang dah lama tak menaip dan bercerita dalam ni.. sebenarnya banyak benda yang nak di kongsikan tapi tu la kan...ruang nak menaip tak ada hehe..
Alhamdulillah, aisya baru habis "Temasya Sukan" di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum SRIDU baru-baru ni.. letih yang amat sangat sepanjang hari sukan berlangsung. Dan sekarang sudah selesai, walaupun letih hati tetap seronok bersama-sama anak-anak murid. Bersemangat sungguh bila bersukan..kalau dalam kelas tak macam di padang pun..hehe





Alhamdulillah..mengundi punya mengundi dapat jadi guru rumah merah hehe favorite warna tu.. Rumah merah memang best bila bersukan bukan main lagi depa..memang dikatakan rumah merah ni digeruni jugak lah oleh rumah-rumah lain TAPI kalau bab disiplin dan dengar arahan memang FAIL.. Kalau nak depa dok diam-diam ke mak aii..memang susah bercakap..main..main..main ja dalam kepala depa tapi kalau jadi atlet memang TERBAIK..hehe cewaahhh puji rumah sukan sendiri tak malu ^_____^..hehe


 Inilah istana tempat kami berteduh hehe..tema LADYBIRD.. yang tu ja lekat di kepala bila dapat rumah merah dengan kerjasama mak ayah pelajar dan cikgu-cikgu rumah merah.
Sebelum sukan tarik tali..bersama ustaz mencari semangat..tapi result tarik tali rumah merah dapat no 2..okey la tu kan yang penting dah usaha tadi dan seronok bila bersuka..hehe

Dan yang terakhir..Alhamdulillah rumah merah menang bagi keseluruhan bagi sukan kali ni..seronok sangat.dengan mereka macam-macam kenangan dicipta..walaupum penat seminggu berkampung untuk latihan sukan tapi Alhamdulillah berbaloi dengan kepenatan yang dirasai dan terbalas dengan senyuman dari mereka semua.."Cikgu..terima kasih" itulah kata-kata yang diucapkan oleh mereka kepada semua cikgu-cikgu rumah merah.. kenakalan tetap memberikan senyuman hehe ^____^ Walaupun sukan ni hanyalah sukan peringkat sekolah dan kecik tapi dengan sokongan dari ibu bapa mereka ia merupakan sebuah temasya sukan yang sangat besar dan kemenangan adalah impian mereka..Alhamdulillah aminnn..

Okey habis dah secara ringkas jalan cerita hari sukan kat Sekolah Rendah Islam Darul Ulum Langkawi.. semoga sahabat-sahabat yang membaca tu akan tersenyum seperti senyuman mereka hehe..

Thursday, January 02, 2014

Saya KEMBALI ke Sekolah

Ahlan wasahlan sahabat..Kaifa hal? InsyaAllah Alhamdulillah semuanya.. Syukur sangat sebab dapat online dan dapat menyonteng kata-kata di blog ni lagi.. lama ku menghilang kini timbul kembali hehe.. mesti rindu kan? Cececece..hehe.. okey posting kali ni pasal sekolah.. Alhamdulillah aisya diterima bekerja di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum SRIDU Langkawi sebagai seorang GURU hehe.. Ya Allah satu amanah dan tanggungjawab yang sangt besar tu..mendidik tapi syukur Allah berikan peluang ni kepada insan yang sangat hina dan lemah ni.. Salah satu sebab tak online lama adalah diatas faktor kemasukan ke sekolah bagi sesi 2014 jadi sibuk uruskan apa yang patut..
 
 
Jadi hari ni 1 Januari 2014, Hari pertama sekolah dibuka.. beramai-ramai adik-adik kecik molek dengan pakaian seragam sekolah..comel datang sekolah dengan mak ayah.. pertama kali kenal tempat bernama sekolah dan insan yang bernama cikgu.. ada yang menangis nak balik, ada yang minta mak teman sampai balik, ada yang kencing dalam seluar dan macam-macam.. pertama kali aisya berada dalam situasi macam tu tapi seronok sebenarnya teringat zaman budak-budak dulu.
Apa yang best nya sekolah ni, perhimpunan dibuat pada hari Ahad sahaja..hari yang berikutnya sampai sekolah awai pagi terus pergi suara baca Al Quran dan menghafal..masa dalam kelas pun kena baca Al Quran..boleh dikatakan Al Quran akan sentiasa berada diatas meja diorang..

Tengok wajah diorang sejuk hati..bertambah-tambah rasa seronok nak mengajar, mungkin tempat ni tenang walaupun kekadang budak-budak buas, main-main, banyak cakap tapi Alhamdulillah dapat lalui dengan gembira ^^.. Tahun baru Cabaran pun baru.. Cabaran menjalankan tugas sebagai seorang guru.
Mungkin bagi sesetengah orang mereka tidak memandang Sekolah Agama salah satu sebab gaji murah.. Ya memang sini gaji murah tapi Ingat ganjaran di Akhirat lebih besar dari di dunia.. Jangan menyesal kalau kita sudah berkhidmat atau ada niat nak berkhidmat di sekolah agama.. Niat apa yang kita buat tu KERANA ALLAH semata-mata InsyaAllah segala urusan kita akan dipermudahkan olehNya..Yakin lah ^^

Sepanjang aisya bekerja disini, betul.. aisya rasa lebih matang untuk bertindak dan membuat keputusan demi masa depan anak-anak aisya yang tak tahu apa-apa lagi tentang dunia. Aisya merasa cukup dengan apa yang aisya dapat sekarang dan sangat-sangat bersyukur dibuka rezeki disini berbanding dengan sebelum ni.. Yakin juga setiap apa yang berlaku pada kita hari ni mungkin ada hikmahnya dikemudian hari..jadi jangan putus asa dengan rahmat dari Allah swt.. minta pertolongan dan perlindungan dariNya dari benda2 yang merugikan kita bila kita mati nanti..

Jadi semua sahabat-sahabat aisya.. jangan lupa panggil aisya "CIKGU" tau..hehehe (sejuk ja hati bila anak murid panggil cikgu..tak jadi nak garang) hehe.. okey melawak ja.. lama tak buat lawak King kat blog ni.. Sampai sini ja citer kali ni.. alaaahhh pendeknya kan..hehe ~tak larat nak menaip sebenarnya~ hehe.. nanti aisya post lagi k..(bila lagi ntah hehe)..  Kepada adik-adik yang masa bersekolah tu..tolong dengar apa cikgu cakap dan pesan sebab memang penat jadi seorang cikgu..penat bercakap hehe..

Solat jangan tinggal tau! Ingat Allah selalu..guna gam gajah lekat dihati tu nama Allah ^^.. semoga setiap langkah kita hari ni esok dan sampai bila-bila sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayangNya..InsyaAllah.. Papai..^___________^v..


 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.