Saturday, February 02, 2013

Cara Solat Sunat Hajat

 
 
 Ap khabar semua? hope antum semua sentiasa berada dalam keredhaan dari Allah swt..Okey tak nak cakap-cakap kosong..ada sahabat request "Macam mana nak solat Hajat?"..untuk semua sahabat-sahabat diluar sana yang nak tahu macam mana nak buat solat hajat tu boleh rujuk dekat bawah..
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)
 Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.
 
 
CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HAJAT

1. Lafaz niat
 
 
 "Sahaja aku menunaikan solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taa'la"
2. Baca Surah Al-Fatihah (Rakaat 1 & 2)
3. Rakaat 1: Surah Al Kafirun atau Ayat Kursi (1 kali atau 11 kali)
“ALLaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilhimi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.”
“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat  (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).” [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]
Rakaat 2: Surah Al Ikhlas (1 kali atau 11 kali)
“Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun lahu kufuwan ahad.”
“Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”
*Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat ‘Surah Al-Fatihah’, ‘ayat Al-Kursi’ dan ‘Qulhu wallaahu Ahad’.
 
MEMBACA TASBIH
 Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini 41 kali: 
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min.” 
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

ATAU MEMBACA TASBIH BERIKUT 1 KALI
 
   

Wirid Selepas Solat Hajat

.
Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:
.
       a. Istighfar (10 / 100 kali)
“As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
      b. Zikir
“Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah.” 
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.
 .
     c.  Selawat (10 / 100 kali)
“Allaahumma shalli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin.”
Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.
 
 

Doa Solat Hajat

  .
Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut:
.
 
Sumber rujukan Disini

159 comments:

  1. Assalamualaikum . Kalau kita tak baca Doa Solat Hajat ini bley ka ? Sah tak solat hajat kita ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusala
      m...bole kalo bca doa sndiri ataupun bca doa dlm bhsa mlyu pon bole...xda la smpai mmbatalkan solat kita..wallahulam..ok ka fhm ka? :-):-)

      Delete
    2. Asslamualaikum , klau kita tak baca tasbih hajat dengan doa solat hajat .. Sah tak ? Kalau sah .. Nak baca doa apa ?

      Delete
    3. Waalaikumusalam..Tasbih dan doa adalah perkara sunat..kalau kita buat dapat pahala kalau tak buat kita yang rugi.. tasbih di situ ada dua pendek dan panjang..kalau yg panjang ssah nak ingt boleh baca yang pendek xsemestinya smpai 41 kali (bcala setakat mna yang mampu)..doa boleh ikut apa yg doa hajat tu tulis atau baca doa sendiri dan berhajat kepada Allah..mintalah apa2 pun..DIA Maha Mengetahui..wallahualam

      Delete
    4. Assalamualaikum..nk tnye lau solat hajat ni memang kena buat waktu tgh malam je ke? Atau bl2 masa?

      Delete
    5. assalamualaikum jika kita tidak hafal doa hajat ini boleh kah kita baca doa yg kita hafal wahai sahabat

      Delete
    6. assalmualaikum wahai sahabat jika kita tidak hafal doa hajat boleh ka kita doa laen yg kita hafal

      Delete
    7. assalmualaikum wahai sahabat jika kita tidak hafal doa hajat boleh ka kita doa laen yg kita hafal

      Delete
  2. Klau x baca doa lngsung mcam mana ? Bole kha tidak ?

    ReplyDelete
  3. xbaca doa langsung pun boleh sbb xda dlm senarai membatalkan solat..tapi doa itukan senjata kita dalam amal ibadah yg kita buat tiap2 hari..Allah swt itu Maha Pemurah jadi minta2lah kepada Nya..tkot nanti kita sombong kepadaNya..Wallahualam.. (^_^)

    ReplyDelete
  4. Salam Aisyah...hubungan sy dgn pasangan tidak dpt restu ibunya. Sy melakukan solat hajat utk lembut kan hati ibunya. .berapa kerapkah yg sy perlu melakukan solat hajat ni ? N selain ini ade ke cara lain utk menambat hati org tua ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam..pertama sekali sy nk mohon maaf sbb lmbt rply..ermm dlm solat hajat tidak ada had solat utk kita buat selagi ada apa permintaan mohon lah pada Allah.. dlm masalah ni sy cuma boleh beri pendapat..insyaAllah perbetulkan solat yg wajib dan banyakkn yg sunat mohon kepada Allah swt agar dilmbutkan hati ibu psangan td..selain tu boleh jgk solat sunat tahajjud dan istikharah.. mohon kepada Allah swt ditunjukkan jalan dan dipermudahkan urusan..mohon dgn seikhlasnya.. andai usaha tu tak menjadi seperti yg awk nak..mungkin dia bukan jodoh awk dn Allah swt ada jodoh yg lebih baik dari dia utk awk..insyaAllah yg penting kena usaha dn bertawakal hanya kepda Allah swt..wallahualam..

      Delete
  5. salam... saya baru nk fhmi siapa sy yg sbnarnya boleh x sy solat hajat untuk mnjdi sorng yg lbh baik dn lbh trbaik utk agama,dri,fmly,bangsa,ynag air.. sbb sy xbrp knl lg siapa sy..yg sbrnyer

    ReplyDelete
  6. solat yg wajib 5 waktu dan ditambah dengan solat sunat..sentiasa berzikir kepada Allah swt..pohon petunjuk daripadaNya dan mohon supaya dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat.. solat kan tiang agama..kalau kita dirikan solat bersungguh2 seperti kita mendirikan tiang agama yg kukuh..InsyaaAllah kalau kita menjaga hubungan kita dengan Allah swt..DIA pasti akan menjaga hubungan kita dengan manusia2 yang lain dan menjadikan kita seorang hamba yang baik..nak kenal diri kena kenal Allah swt dan Rasulullah saw terlebih dahulu..insyaAllah akan kenal siapa diri tu dan apa tujuan hdup atas bumi ni..Waallahua'lam ^^

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum... Ada tak waktu2 tertentu utk kita menunaikan solat hajat ni... Atau boleh dilakukan pada bila2 masa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam
      Boleh dilakukan bila-bila masa (siang / malam) kecuali waktu yang dilarang melakukan solat sunat seperti selepas solat subuh, ketika matahari naik, dll.Walaubagaimanapun, lebih baik dilakukan pada lewat malam/separuh malam.

      Delete
  8. Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:


    soalan perlu dalam keadaan sujud juga ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu sujud terakhir adalah waktu yg afdal memohon hajat kpd Allah swt.. doa yg pnjang tu baca slps solat

      Delete
    2. waktu sujud terakhir,sebelum memberi salam,atau sesudah salam,
      jika wirid ketika duduk adakah lebih afdal.

      Delete
  9. meminta hajat pada rakaat keberapa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. rakaat kedua..sujud terakhir.. dan membaca doa selepas solat..

      Delete
    2. Tasbih 41 kali tu wajib ke?

      Delete
  10. Klu xbce surah al kafirun xpe ker. Gnti surah lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpew kak..tukar surah pun xpa tak baca pun xpa..tu hanya sunat..cuma sebaik2nya kita buat bagi mengukuhkan hajat kita dan apa yang kita minta kepada Allah swt..wallahua'lam

      Delete
  11. Assalamualaikum..hubungan sy dan kawan lelaki sy semakin renggang.apakah yg patut sy lksanakan samada solat hajat atau istiqarah utk memperbaiki keadaan kami ini ?
    Terima kasih:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam..jalan yg terbaik memohon pertunjuk dari Allah swt.. buatlah mana solat sunat contoh solat hajat..istikharah..tahajjud dan yg paling penting jgan tinggal solat lima waktu yang wajib..kalo kita melakukan yg sunat tp wajib kita tinggl xboleh jugak..mati jodoh semuanya ketentuan Allah swt..bertawakal kepada Allah swt..andai itu bukan rezeki kita..kita kena redha..mesti ada hikmah.. hrp dpt membantu..waallahua'lam

      Delete
  12. membaca tasbih @ istighfar tu wajib x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu hanya sunat..tujuannya utk tunjuk kan yg kita bersungguh2 mohon Allah swt perkenankan hajat kita..Wallahualam

      Delete
  13. Tak yah baca doa iftitah ke pada permulaan ayat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum..
      nak baca pun boleh tak nak pun tak apa sbb ini cuma solat sunat

      Delete
  14. Salam, maaf saya keliru, selepas memberi salam, kita akan sujud balik kan? Masa tu baca doa yang dikehendaki atau tasbih dulu? So, masa sujud rakaat kedua, tak payah baca apa2 la ye? Sbb saya selalu confius nak doa tu masa bila?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam
      rakaat kedua baca seperti biasa.. cuma selepas habis solat sujud lg skali dgn membaca tasbih.. dan selepas tu boleh bangun dan baca doa seperti biasa.. faham ke ^^

      Delete
    2. maknanya, sujud masa rakaat kedua tak ada bacaan tasbih la kan? after bagi salam, sujud balik baca tasbih, then bangun baru baca doa? bukan lepas baca tasbih, masih sujud, baca doa?

      Delete
    3. ya..selesai solat selepas panggil salam..terus sujud baca tasbih dan seterusnya bangun wirid habis saja wirid baca doa hajat..
      tetapi seandainya kita nak meluahkan hajat ketika sujud terakhir pun boleh itu terpulang kpd individu..kerana sujud yang terakhir lebih dekat dengan Allah swt dan insyaAllah mustajab..wallahu alam

      Delete
  15. Salam. terima kasih atas panduan yg diberikan ni. saya nk tanya.. mohon hajat tu sbnrnya masa sujud rakaat kedua atau ketika sujud selepas memberi salam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam..
      semasa sujud terakhir pun boleh meluahkan hajat tetapi dalam hati kecuali kalau bahasa arab..boleh tgk komen diatas..^^
      sujud selepas memberi salam tu kita bertasbih..selepas tu berwirid dan seterusnya membaca doa hajat..minta maaf sbb lmbt rply ^^ wallahu alam

      Delete
  16. salam.
    selepas salam sujud kembali dan wirid lepas wiridkan. lepas wirid ke baru doa hajat?
    lepas bangun sujud tu kena bg salam ke balik ke or trs bc doa hajat?

    minta pencerahn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam..
      selepas solat(selesai bagi salam) terus sujud dan bertasbih.. lpas tu bangun xperlu bg salam.. lepas tu wirid habis wirid baca doa solat sunat hajat.. waktu sujud terakhir pun boleh kalo nak meluahkan hajat kepada Allah swt.. harap dpt membantu wallahu alam

      Delete
    2. Maafbertanya.. Tahaiat akhir kena baca tak ye

      Delete
  17. Info yg sgt berguna utk sy..sy dah 4thn xdkurniakan ank...itu la hayat sy..moga bulan yg mulia ni ada rezeki utk sy dan psngan..solat sunat hajat ni boleh ke buat lepas zohor??

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kak..ada rezeki mungkin lambat sikit..sabar ye kak..^^ solat sunat hajat ni akak boleh dilakukan bila-bila masa (siang / malam) kecuali waktu yang dilarang melakukan solat sunat seperti selepas solat subuh, ketika matahari naik, dll.tetapi lebih baik dilakukan pada lewat malam/separuh malam. semoga urusan hajat akak dipermudahkan olehNYA InsyaAllah ^_^

      Delete
  18. Kalo xbce doa hjat tp kte mnx hjat kte blh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..nak cakap dalam bahasa melayu pun boleh.. dalam bahasa cina pun boleh yg penting kita faham dan tahu apa yg kita hajatkan tu..kalo xpandai baca dalam bahasa arab pun baca dlm bhs melayu.. yg penting niat kita..^^ wallahu alam

      Delete
  19. Assalamualaikum, sy nk tnya kalau kite solat hajat n lps solat kite doa tp xbaca tasbih dan wirid, boleh ke?

    ReplyDelete
  20. salam sy nk tnya.. kite tasbih sujud tu slpas bg salam kiri knan atau bg slam knan then sjud blik bgun bgi slm kiri plak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam maaf sebab ana lambt rply.. beri salam seperti biasa dan terus sujud membaca tasbih..faham ke..hrap dpt membantu..wallah ulam

      Delete
  21. Assalamualaikum. Akak . Memandangkan saya masih kecil . Bolehkah saya hanya solat hajat tanpa wirid? :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam dik..boleh wirid tu sunat kalo buat dapat pahala kalo tak buat xdpt apa ^_^ kalau wirid tu panjang adik boleh berzikir yg pendek2..seperti "subhanallah walhamdulillah walailahaillah Allahu akbar" contohnya seterusnya baca doa..boleh ke? adik faham ke? hrap akak dpt membantu..^^

      Delete
  22. Jazakallahu khairan...smoga kita smua dpt manfaat drpd ilmu ni...syukran
    :)

    ReplyDelete
  23. Slm..
    Tumpg tnya blehkah sy solat hajat tp x solat 5 wktu?
    Sy ingin berubah tp selalu x kesampaian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam
      bila kita ada niat nak berubah..itu mungkin petanda Allah swt mengetuk hati kita.. dan untuk berubah kita perlu berusaha..
      berusaha untuk lakukan apa yang diperintahkan oleh Allah swt.. perkara utama solat yang wajib.. perbaiki solat yg wajib perlahan-lahan..sikit-sikit dan belajar.. jangan bimbang Insya Allah boleh.. yang sunat ni boleh buat sebagai tambah..mohon hajat kepada Allah semoga diberikan petunjuk dan hidayah agar perubahan diri ini dipermudahkan (contohnya)..
      yang penting jangan putus asa k..berusaha bertawakal kepada Allah swt..DIA pasti akan tolong saudari..^________^ ana harap saudari berjaya..caiyok!! caiyok!!

      Delete
  24. Sy membuat hajat pada sujud pertama rakaat kedua. Adakah sah solat hajat sy tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hajat yang dibuat tu tidak membatalkan solat sebab kita cuma niat di dalam hati..tapi waktu yang paling dekat dengan Allah swt adalah ketika sujud terakhir..jadi bila sujud terakhr tu lah kita ambik kesempatan untuk menyatakan doa permintaan kita..niatkan di dalam hati.. solat kita sah selagi kita tidak melakukan perkara2 yang membatalkan solat..^___^

      Delete
  25. assalamualaikum
    saya mau bertanya,saya bingung dengan hidup saya,saya menyukai wanita,apakah saya bisa mendapatkan wanita itu untuk menjadi pacar saya dengan menunaikan solat hajat??? saya ingin menjadikan pasangannya saya dan ingin juga menuntunnya menjadi mualaf. sudah lama doa saya memohon petunjukNYA apakah saya pantas dengannya atau tidak.sampai sekarang belum di jawabNYA.
    bales melalui e-mail : rio_htck@yahoo.com

    ReplyDelete
  26. Assalammualaikum...
    Berdosakah saya jika saya solat hajat minta ALLAH bukakan pintu hati bekas kekasih sya kembali pada saya & kami hidup bahagia,kerana dia akan brtunang tak lama lagi& dia masih mncintai saya,tp tak sanggup kecewakan bakal tunang dia..zalimkah saya berbuat begitu??sedangkan dia masih mencintai saya..@ lebih baik saya solat hajat supaya melupakan dia??..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam
      dalam masalah awak ni saya hanya mampu menjawab apa yang termampu saya bantu..pada pendapat saya, awak mintalah pertolongan dari Allah swt maksudnya bukan minta suruh putus tunang ka majlis tak jadi ka tapi mintalah ditunjukkan jalan yang mudah untuk awak pilih.. berikan doa yang baik-baik..redha dengan hati yang terbuka seandainya dia memang bukan jodoh awak jadi mohon dikuatkan hati untuk menerima qada dan qadar dari Allah swt.. tidak semstinya orang yang kita cinta sekarang dia yang akan kita kahwin..jodoh dan pertemuan semuanya Allah swt yang tentukan..terpulang pada kita nak pilih yang mana..kalau kita mendoakan kebahagian orang yang kita sayang itu akan buat hati kita jauh lebih tenang.. tapi terpulang pada awak kalau awak pilih utk berdepan dan tetap dengan kemahuan awak utk bersama dengan dia..awak kena fikir risikonya yang awak perlu berdepan dengan banyak pihak.. saya tak kata kalau awak redha tak ada risiko..dalam hidup ni semua benda yang kita nak buat pasti ada kesan/risiko..jadi kita kena fikir apa yang perlu kita buat kalau kita pilih jalan yang ini..jalan yang terbaik adalah kembali kepada Allah swt.. awak tak perlu bimbng..setiap manusia ada jodohnya cuma cepat atau lambat dan salah atau betul.. yang penting kita kena yakin dengan apa yang Allah dah berikan kepada kita sebab semua yang jadi dalam hidup kita ni ada hikmah dan sebabnya..saya sebenarnya tak tahu nak bantu awak macam mna tapi sy cuba jelaskan dan sy harap awak faham maksud sy..InsyaAllah mungkin ada perempuan yang lebih baik dari dia untuk awak.. dan yang paling penting jaga hubungan kita dengan Allah swt...okey.. saya minta maaf kak\lau kata2 sy bg jatuh semangat awak atau bg perasaan negatif..tp fikirlah sebelum bertindak..

      Delete
  27. As salam Ai Syah, nama saya fairuz shah, tumpang tanya tentang lagu background dalam blog ni namanya ape ye?

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. salam.. sya sebenarnya sangat mencintai kekasih sya selepas Allah, Nabi Muhammad dan keluarga sya.. tpi sekarang kekasih telah meninggalkan sya untuk bersama dengan perempuan laen..
    salah ka kalau sya buat solat hajat supaya dia adalah jodoh terbaik sya?
    salah ka kalau sya buat hajat supaya dia adalah jodoh sya?
    salah ka kalau sya berhajat untuk buat dia kembali pada sya? sya tak pasti siapa sya pada dia.. dia terus meninggalkan sya tanpa apa2 penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam..maaf sy lmbt rply..
      memohon kpd Tuhan adalah adalah wajib dlm meminta sesuatu.. sprti firman Allah.. “Dan berkatalah tuhan-Mu, berdoalah (mintalah) kepada Aku nescaya aku akan
      tunaikan (makbulkan) bagi kamu (akan permintaan kamu)” (Surah Ghafir :60)... dn slh satu cara memohon adalah dgn solat hajat.. dlm mlakukan solat hajat.. Allah menuntut manusia supya bertawakal.. dan Allah suka org yg b'tawakkal.. فإذا عزمت فتوكل علي الله، أن الله يحب المتوكلن.. ya..dlm masa yg sama.. twkkl berkait rapat dgn sifat syukur dan sabar serta redha... kita msti brsyukur apabla bnda yg dihajati itu dimakbulkan.. dan tidak dapat tidak redha serta sbar jika bnda yg dihajati tidak termakbul.. dan org org yg sabar itu tmptnya di syurga.. apabila bnda yg dihajati itu tidak trmkbul, Islam mngalakkn pnganutnya supaya brharap kpd bnda yg lbih baik dr bnda yg dipohon sblmnya.. umm.. solat hajat dlm semua perkara adalah digalakkan kcuali prkra yg haram serta makruh.. andaikata solatnya itu untuk memohon kahwin.. ta.. bagus.. kahwin itu sunnah.. tp islam juga mnuntut supaya sabar.. bahkan sabar itu mndahului kahwin krn sabar itu wajib dan kahwin itu sunat.. bukankah begitu? Allah swt tidak memberi perkara yang kita mahu tapi Allah swt bagi perkara yang kita perlu..mungkin benda yang kita mahu itu buruk utk diri kita dan yang tidak mahu tu jualah yang terbaik..Wallahualam..hrp dpt membantu cik riesya..

      Delete
  30. Alhamdulillah smoga di permudahkan sgala urusan tq aisyah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn... InsyaAllah..syukran..semoga kita sma2 dipermudahkan oleh Allah swt dlm semua perkara...

      Delete
  31. Assalam kak aisyah :) saya ingin bertanya sahkah solat saya jika saya hanya membaca niat solat ? Hal ini kerana ,apabila saya ingin membaca lafaz solat , saya akan menjadi keliru dan sering kali tertukar .

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam..
      adik baca niat solat tu dlm bahasa melayu kan.. tapi adakah adik baca secara lisan atau adik niat sahaja dalam hati? kalau dalam niat dalam hati tentu la boleh..kalo tak lafaz pun xpa janji niat dalam hati..

      Delete
  32. Salam.....nk tnya kalo x igt tasbih hajat, then xbaca tasbih hajat tu xpe ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam
      xpa tu cuma sunat buat dpt phala xbuat xdpt papa..
      tp kalo kita xmampu nak hafal tasbih yg panjang kita boleh baca tasbih yg pendek..menunjukkan kesungguhan dlm memohon Allah swt makbulkan hajat kita..Wallahulam

      Delete
  33. as salam kak saya nak mintak pendapat dri akk..
    blh x klau kita buat solat hajat nie untuk kekal kan seseorang tu smpai jadi jodoh dia...
    bkn apa skrng ni pasangan dia p stdy trus syp..hbungan diaorg mcm renggang jgk lah,,tpi x salah kan klau kita cuba buat solat hajat spye bkak kan pintu hti dia lmbut kan hti dia supaya trme pasangan dia kmbali.???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam dek
      terima kasih sbb sudi tnya pendapat akak
      nak berdoa/buat solat hajat dgn niat mcm tu boleh ja..apa2 pun niat/hajat kita boleh minta dekat Allah..memohon kpd Tuhan adalah adalah wajib dlm meminta sesuatu.. sprti firman Allah.. “Dan berkatalah tuhan-Mu, berdoalah (mintalah) kepada Aku nescaya aku akan
      tunaikan (makbulkan) bagi kamu (akan permintaan kamu)” (Surah Ghafir :60)salah satu cara kita nak minta adalah dengan solat hajat. hati manusia Allah swt yg pegang DIA tahu apa saja yg ada dlm hati sorg manusia tu..nak terbuka / tertutup hati seseorang tu adalah dengan kehendak dari DIA..adek bnyakkan berdoa semoga itu adalah pasangan yg terbaik utk adik..InsyaAllah kalau Allah redha dengan hubungan tu..pergi sejauhmana pun dia pasti akn balik kerana dia jodoh kita..wallahualam hrp dpt membntu

      Delete
  34. Syukran atas perkongsian ini kerana sy boleh mangulangkaji apa yg telah lama sy abaikan

    ReplyDelete
  35. Alahamdulilah sya telah memahami serba sedikit solat hajat.memandangkan minggu dpn adalah peperiksaan UPSR anak saya telah bersama sama mengerjakannya.sya mohon akak dan rakan mendoakan kejayaan anak saya to.amin

    ReplyDelete
  36. assalamualaikum. alhamdulillah. lepas ni saya dah boleh tunaikan solat sunat hajat. terima kasih banyak banyak.

    ReplyDelete
  37. Tahiyat awal dan akhir tk payah baca ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. solat sunat hajat adalah solat seperti biasa yang kita dok solat.. cuma dia dibuat dua rakaat bg sekali solat..dan ada perkara2 sunat dilakukan..

      Delete
  38. assalamuallaikum ,
    saya masih bingung dengan bacaan tasbih setelah selesai salam . apa kita membaca tasbih itu dalam keadaan sujud ? mohon info nya ya ,saya baru mau melakukan solat hajat untuk pertama kali nya,,, terima kasih banyak :)

    ReplyDelete
  39. assalamuallaikum,
    saya masih bingung dengan bacaan tasbih selesai salam , apa kita membaca tasbih tersebut dalam keadaan sujud ? terima kasih ... mohon info nya ya ...

    ReplyDelete
  40. @arief joelkarnaenwaalaikumusalam.. ya mula2 kita solat seperti biasa selepas memberi salam sujud kembali dan baca tasbih 41 kali atau tasbih yg panjang 1 kali..selepas tu bangun baca doa..

    ReplyDelete
  41. Salam
    Saya nak tny, blh ke klu pd sujud trakhir kita bc ayat biasa dlm sujud, kemudian bc tasbih 41 kali dan trys mohon hajat?

    ReplyDelete
  42. @Anonymouswaalaikumusalam..dalam sujud terakhir tak kira solat sunat atau wajib..adalah waktu yang sangat mustajab berdoa..tetapi bukan secara lisan..doa tu adalah secara melafazkannya didalam hati kita..kalau solat sunat hajat waktu tujuga kita boleh berdoa akan hajat kita..wallahualam..

    ReplyDelete
  43. masa baca wirid tu masih bersujud atau sudah bangun?

    ReplyDelete
  44. @Anonymouswirid dibaca selepas selesai solat fardu mahupun sunat..

    ReplyDelete
  45. aslmlaikom..nk tnyer kalo..bab yg mmbace tasbih adakah ia perlu di bace 41 kali..adakahboleh dilakukan dgn jumlah yg lain..

    ReplyDelete
  46. aslmlaikom..tasbih boleh tak dilakukan dgn jmlah yg lain..

    ReplyDelete
  47. Assalamualaiku..bole ke sy solat hajat tuk suami sy agar x d buang kerja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..kita boleh minta apa sja yg kita nak kpd Allah..mohonlah pada dia

      Delete
  48. salam akak, nak tanye tentang solat hajat 12 rakaat.. adakah cara menunaikannya yg sama dgn solat hajat 2 rakaat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya dek..sma dan perlu buat 2 rakaat sehingga cukup 12 rakaat

      Delete
  49. assalamualaiku.
    trima ksih d atas prkongsian smoga dmrahkn rzki aisya dn kluarga inshaAllah sya rs lbih tenang bila sntiasa lakukn solat2 sunat

    ReplyDelete
  50. Salam kak...sy narin nk tanye... sebelum ni narin pernah buat solat sunant hajat... area dalam pukul 3 pagi.. narin solat 2 rakaat. bace niat solat sunat hajat dan solat seperti biase.. yg bezenye adalah niat shj... adakah solat sunat yg narin laku kn itu sah??

    ReplyDelete
  51. kak..narin nak tanye lagi...
    Doa Solat Hajat

    (Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut)

    kalau narin xbace doa ni solat kite sah x? narin nak minta doa yg narin hajatkn...boleh x? batal x?

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum, jika sy mengimamkan solat sunat hajat ini adakah harus saya dan makmum memohon hajat yg sama? Terima kasih

    ReplyDelete
  53. @ALICIA NARIN SHAHWaalaikumusalam dek.. solat apa2 pun perlu ada niat..kalau niat narin da betul dengan solat yang nak dirikan..sah solat tu, dan dikuti dengan rukun2 sah solat jugak.. ^^ wallahualam

    ReplyDelete
  54. @ALICIA NARIN SHAHboleh..narin boleh doa apa2 sahaja kepadaNya.. doa yang diberi tu adalah puji-pujian kepada Allah dan sampaikan hajat kita..kalau narin nak campurkan doa narin pun boleh.. doa tak termasuk dalam solat jadi xda batal solat atau tak sah.. wallahualam ^^

    ReplyDelete
  55. @Anonymous Waalaikumusalam..kalao nak buat solat dengan berimam doa kena tukar ikut lafaz ramai.. "istagfir zunubi" tukar jadi "istaghfir zunubana".. wallahualam

    ReplyDelete
  56. terima kasih kak Ai Syah.. narin akan amalkan solat sunat hajat ini... terima ksih kak... :)

    ReplyDelete
  57. Salam.akak sy konfius la.sy solat hajat cra nye mcm ni.rakaat ptama bce al fatihah then kursi 10 kali .rakaat kedua al fatihah then al ikhlas 10 kli.lpas bri salam terakhir bwu sy sujud blik then bce wirid .lpas wirid sy trus hajatkn ape y sy nk dlm keadaan ttap sujud.lpas sujud solat sy selesai.adkah bleh mcm ni ?

    ReplyDelete
  58. Solat hajat ni cuma 1 salam shj ke @ 2 salam..2rakaat tu mksd sy rakaat ptama .tahiyat awal dan rakaat kedua tahiyat akhir atau kita prlu tahiyat akhir shj

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum.
    Maaf bertanya, saya berniat menunaikan sembahyang solat hajat 4 rakat. Persoalannya, adakah saya perlu melakukan tahiyat awal sebagaimana sembahyang fardu 4 rakaat.

    ReplyDelete
  60. salam kak...narin difaham kan bahawa, jike kite x gantikan solat2 fardhu yg lepas2..tahun2 lepas, Allah x terima solat hajat kite... sebab solat fardhu wajib dibuat, kite kne ganti solat2 yg kite tinggal dulu.. jike kite buat jugak solat hajat tu.. solat tu tiade makne...betol ke kak?? narin masih mencari lagi.. mintak pendapat kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenar ny Narin Syah, setiap solat wajib yang tlh d tinggalkn wajib kadha kn. Buatlah ia semampu kita.
      Manakala sunat wajib pula ialah sbg sunat tambaha kpd sunat wajib. Di akhirat nnti bila Allah meminta malaikat
      menghitung solat wajib kita dan sekirany solat wajib itu tidak cukup maka Allah mminta malaikat mnghitungkn solat sunat2 yg tlh kita lakukan sbg mncukupkn solat wjib yg tlh kita tingalkn. Tapi sbnarny tidaklah blh kita mnginggalkn solat wajib krn yg pertama sekali di soal nanti adalah solat dan sekirany kita trtinggal maka kna kadha semula. Itu mnunjukkn betapa pnting ny solat.

      Delete
  61. @shin wook Waalaikumusalam..boleh..kalau nak baca doa solat hajat dalam bahasa melayu pun boleh ^_^

    ReplyDelete
  62. Assalamualaikum..saya nak mintak pendapat dan pandangan dr akak. Saya sudah bertunang,dan di dalam masa saya bertunang saya baru dapat tahu saya menghidap HIV positif dari kesilapan lampau saya dengan teman lelaki saya dahulu.Tunang saya negetif.tunang saya tahu penyakit saya ni.tapi keluarga dia tak tahuu.kami betul2 buntu..sebab keluarga dia nak tetapkan hari perkahwinan kami.dia masih sayangkan saya. Jadi bolehkah kalau saya buat solat hajat supaya hubungan kami dapat diteruskan dan diberikan kesempatan? Saya dah buat solat istikharah...kami betul2 buntu.

    ReplyDelete
  63. assalammualaikum. kalau tak buat tasbih, wirid dan doa solat hajat takpe ke? lepas solat terus mintak apa yang kita hajat kan boleh ke?

    ReplyDelete
  64. @Anonymous Waalaikumusalam.. Ya boleh sbb tu adalah perkara2 sunat dalam solat.. buat dapat pahala xbuat kita yang rugi ^^ Wallahualam

    ReplyDelete
  65. Salam..sy nk btanya boleh x sy solat hajat meminta seseorg itu menjadi jodoh sy..setelah brkenalan dgn ny sy mvla berubah mendekat kn diri dgn Allah..sy tkot untk khilangan dia..ataupon memperkemaskan solat 5 waktu sy..

    ReplyDelete
  66. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  67. Salam..boleh x solat hajat memohon seseorg itu menjadi jodoh kitakerna dlm keadaan sy mencari kekuatan tok berubah dia lah yg paling bnyk bg semangat..boleh kah sy solat hajat walaupon bnyk lg benda yg harus sy perbaiki

    ReplyDelete
  68. Salam...terima kasih atas penerangan serta komen2 saya memahami sedikit sebanyak solat sunat hajat ni..thanks.

    Ilmu yg bermanfaat...amin

    ReplyDelete
  69. Salam..sy nk tnya..salah ke kalau sy solat agar dipertemukan jodoh dgn insan yg sy syg?? Sy berniat untuk bahagiakan die dan nk bawa die ke syurga..tp sy takut kalau saya xmampu terima ketentuan takdir..dan sy takut.die xbahagia..mohon bantuan cik berikan pendapat..

    ReplyDelete
  70. As,salam.. kak..ada tslap skit dkat mksud doa nbi yunus tu. Bkan aniaya tpi zalim.. tq sbb bg ilmu kt sya.. sya mntak di hlalkn ilmu tu ea.. maaf sbb tgran tu..sya trnmpak jdi sya bntu akak..sma2 bntu. As,salam..

    ReplyDelete
  71. Terima kasih atas perkongsian di dalam blog ini.semoga ALLAH S.W.T memberkati saudari Aisya.

    ReplyDelete
  72. Selepas kita meberi salam kan kita sujud lagi sekali
    ..lepas kita dh sujud tu mcm mana kita hendak mengakhirkan solat hajat itu ye....

    ReplyDelete
  73. Alhamdulillah....terima kasih atas info di blog ini. Moga perkongsian ini diberkati Allah. Insha Allah. Ameennn...

    ReplyDelete
  74. Assalamualaikum, kalau solat hajat perlukah kita membaca Doa Iftitah ?

    ReplyDelete
  75. Salam, boleh tak kalau kite x bace ayat qursi??

    ReplyDelete
  76. Aslamulaikum.saya bru bljar smbhyg..bole tnya..solat hajat bacaan ketika sujud sama dgn solat fardhu ka...dan ada tahyat awal dn akhir ka..

    ReplyDelete
  77. Syahrul: Assalamualaikum aisya....ketika kita disujud yg terakhir...bleh ke diteruskan bacaan tasbih,wirid dan dan disertakan dengan doa hajat kita...dan barulah diberi salam... mohon perjelas.. ;)

    ReplyDelete
  78. Assalam, nk tnye. Bleh ke kalo membaca doa solat hajat dlm bahasa melayu dan tidak membacenye dlm bahasa arab?

    ReplyDelete
  79. @Fareesya Azmizawaalaikumusalam.. ya boleh baca dalam bahasa melayu yg penting kita faham apa yg kita minta dkt Allah swt.. wallahualam

    ReplyDelete
  80. Salam sis, kan solat hajat dikatakan lebih baik dilakukan lewat mlm atau separuh malam. Separuh malam tu dikatakan dalam kurungan pukul berapa yea???

    ReplyDelete
  81. Salam..kak A'ishah maaf jika sy mggu akak..sy ingin bertanya berdosakah sy jika stiap kali slepas solat fardu sy mendoakan agar bekas teman lelaki sy mendapat balasan yg stimpalnya ats ap yg tlh dilakukan. sy telah memilih jalan Allah untk tidak brjumpa dgnnya kerana dia tlh meminta sy melakukan sesuatu yg mmg tdk dpt sy lakukan.sy masih mmpunyai iman dan tahu dosa dan pahala. tp setelah sy tidak pergi bjumpa dgn dia, dia telah meninggalkan sy dan bersama dengan perempuan lain. bertahun2 kami berkawan dan ini balasan yg sy terpaksa terima. slpas sy ditinggalkan sy di malukan di media sosial, setiap keburukkan sy dikarang untuk bacaan sahabat2 dia semata2 untuk menutup aib diri dia sendiri. tp sy hny mendiamkan diri dan semua sahabat dia anggap sy yang bersalah sdgkan mereka tidak tahu hal yang sebenarnya. berdosa kah sy kak jika sy memohon agar Allah memberikan balasan yg stimpalnya kepada dia? sy memilih jalan Allah, dan sy harap suatu hari nanti Allah akan temukan sy dengan seseorang yg mampu membimbing sy ke syurga Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..blh sy bg pendpt?:-)
      sy pernah lalui mcm yg saudara/saudari lalui..sama sgt2..setiap hari sy menangis..mengadu pd Allah supaya Allah kuatkn semangat memndangkan sy bekerja dan jauh dr family..mmg Allah tempat sy mengadu..tp sy sntiasa ingt pesan ibu sy,biar org buat buruk pd kita,jgn sesekali kita membalas sbb tu bkn kerja kita..so disini sy blh katakan,saudara/saudari percaya pd Allah..sesungguhnya Allah punya rencana yg terbaik..jika dia bkn org yg terbaik utk anda,percaya lah yg akn ada insan lain yg lebih baik utk anda..sy merana 6bln..setiap kali sedih sy solat,xkisah solat sunat sekalipun..bila kita mengadu pd Allah,Allah akn dgr..insyaallah..alhamdulillah sekarang sy sudah bkhwin..dan suami sy sgt baik..mmg xpernah terlintas akn dikurniakan suami yg soleh..jgn risau..Allah kn ada..:-)

      Delete
  82. Assalam..saya nk bertanya..hajat yg hendak dimohon di hajatkan semasa sujud terakhir rakaat kedua atau semasa sujud bacaan tasbih?

    ReplyDelete
  83. thanks kak for this sharing, i really appreciate it..saya upsr tahun ni..hehe..akak doakan semoga saya beroleh keputusan yang memuaskan dan mendapat 5A tau kak..huhu ;)

    ReplyDelete
  84. Salam, kita baca wirid itu selepas salam untuk sujud ketiga ye? Faham tak? Lepastu, kita baca wirid dahulu ke doa soalat hajat dahulu?

    ReplyDelete
  85. assalammualaikum..saya ingin melakukan solat hajat untuk di permudahkan segala urusan..saya telah bertunang tapi semakin banyak dugaan yg dtg di mana bakal ibu mertua saya tiba2 tidak menyukai saya.boleh ka kalau saya x baca doa tasbih itu?sah ka solat saya

    ReplyDelete
  86. As salam.. nak tanya. Kalau buat solat hajat masa waktu sepertiga malam tu kena dalam keadaan gelap ataupun boleh dibuka lampu?

    ReplyDelete
  87. Assalamualaikum.. maaf nk bertanya.. adakah boleh saya berhajat dalam bhsa melayu semasa kita memohon hajat sujud yg terakhir ? Dan 1 lgi, lebih afdhal secara lisan atau hati?

    ReplyDelete
  88. kepada amnah zawawi :
    boleh berhajat ketika sujud terakhir tetapi hanya lafaz di dalam hati sahaja.
    tidak boleh lafaz dimulut kerana ketika itu kita masih dalam ibadah solat. kalo nak doa dlm bhs melayu selepas solat boleh ^_^v wallahua'lam

    ReplyDelete
  89. Assalam....
    saya tak berapa jelas dan nk tahu beberapa perkara mengenai solat hajat.
    1 jika solat hajat 4 rakaat 1 salam.pada rakaat ke 2 lepas sujud perlu tahiyaat atau tidak.
    2 solat hajat 100 surah ak ikhlas bagaimana cara terbaik nak di lakukan.
    3 boleh tak baca fatihah lebih dari 1x pada setiap rakaat solat hajat.

    ReplyDelete
  90. Alhamdulilah terima kasih berkongsi ilmu..

    ReplyDelete
  91. Assalamualaikum..sy nak bertanya sy solat fardhu tp xckup..blehkh sy menunaikn solat hajat..saya ingin meminta supaya ibu dan bapa keluarga teman wanita saya di bukakan hati mereka menerima saya

    ReplyDelete
  92. Assalamualaikum.. Msa d sklah dhulu..nape ckgu ajr rakaat pertama bca al-kafirun 7 kli Dan rakaat ke2 bca al-ikhlas 3 kli..say ke x mcm tu?

    ReplyDelete
  93. Assalamualaikum, saya nk bertanya selepas sujud terakir ade baca ayat tahiyat terakhir ke or lps sujud terakhir , teros bagi salam?

    ReplyDelete
  94. Assalammualaikum... Saya ingin menanyakan sesuatu agar berkenaan hajat kita ini agar Allah akan kabulkan. Bagaimana yang lebih afdal dan terbaik untuk meminta kepada Allah sedangkan saya ada pelbagai dosa yg sering kali lakukan. Solat terabai, banyak perkara dosa lain lagi yg telah dengan rasa tidak bersalah saya kerap lakukan. Kini sedang saya menghadapi masalah rumahtangga yang pada mulanya tidak berapa serius. Tetapi setelah di campur aduk dengan keluarga terutama di sebelah isteri keadaan menjadi rumit. Saya inginkan rumahtangga saya kembali aman dan tenang kembali seperti sediakala. Kerana dalam 9 tahun pada 27hb November 2016 ini dan ini lah kali pertamanya kami bergaduh besar yang sebelum ini bertekak pun tidak pernah sekali pun berlaku. Kerana dengan itu saya ingin bermohon dan meminta kepada Allah ampun kan segala dosa saya dan isteri saya setiap dosa besar dan kecil yg telah kami lakukan yg disedari dan tanpa disedari. Saya sudah ada rasa kesal atas kesalahan yang telah saya lakukan serta bertaubat dan tidak akan mengulanginya lagi. Juga kepada isteri saya maafkan segala kesalahannya itu. Dan saya bermohon sangat agar rumahtangga kami masih lagi kukuh sehingga kekal hingga ke jannah. Aamiin...

    ReplyDelete
  95. Assalamualaikum akak, saya nak tanya boleh? saya suka kat sorang laki ni. saya berubah sebab saya netul cintakan dia dgn niat yg ikhlas kerana ALlah. Saya cuba utk istiqamah mengamalkan solat ini dan tahajud. akak adakah ini dikira memutuskan hubungan? kerana dia sudah ada orang lain. tetapi mereka tidak ada hubungan yang serius seperti bertunang,bernikah dan sbeagainya. Akak... adakah perbuatan ini salah :')

    ReplyDelete
  96. @Lynda Hunny maaf lambat sy rply.. kalau nak bertanya lebih cepat boleh pm page blog Pencari Cahaya Illahi..
    ya.. tahiyat akhir tu rukun solat jadi wajib jita baca dalam solat fardhu atau solat2 sunat sekalipun.. moga bermanfaat ^^

    ReplyDelete
  97. Assalamualaikum Ai syah....nak minta pencerahan. Btl ke klau solat hajat...satu hayat satu solat.

    ReplyDelete
  98. Assalamualaikum Ai syah....nak minta pencerahan. Btl ke klau solat hajat...satu hayat satu solat.

    ReplyDelete
  99. @Unknownwaalaikumusalam..tidak semestinya satu solat kita boleh berdoa macam2 tetapi kalau memang nak solat hajat tu khusus utk doa atau permintaan itu pun boleh..

    ReplyDelete
  100. Saya jahil saya dh lama solat d last sujud saya ada berkata2 dlm bahasa kita... saya tak tahu batal.. samadasolat wajib solat hajat mahupun tahajud.. semua saya berkatakata didalam sujud terakhir dlm bahasa kita.. bukan berkata didalam hati.. Allahuakbar.. jahilnya hamba Mu ini.. hrp diterimalah solatsolat dan doa2 ku yg lepas itu..

    ReplyDelete
  101. @Azlan assalamualaikum saudara, terima kasih sudi singgah blog sy moga bermanfaat untuk saudara. seandainya kita tidak tahu tak mengapa dan apabila sudah tahu wajib kita perbetulkan apa yang salah. Alhamdulillah Allah mendetikkan ke hati saudara tentang kesalahan tersebut agar tidak diteruskan. Moga kita akan terus mencari dan belajar serta tetap istiqomah dalam amalan. insya Allah (^^)v

    ReplyDelete
  102. Assalamualaikum syah..kak nk tnye..blh ke kita baca bacaan rakaat ptama al-fatihah 1 kali & al-kafirun 1 kali & rakaat kedua,alfatihah 1 kali & srh alikhlas 1 kali..x baca surah lazim tu sebanyak 11 kali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, ya boleh bacaan wajib al fatihah surah hanya sunat tetapi kalau boleh dibuat banyak lebih afdal ^^v

      Delete
  103. Jika kita tidak hafal surah al kafirun; boleh atau tidak kita baca surah lain...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.. bacaan surah selepas al fatihah tu sunat.. yang wajibnya Al Fatihah kalau tak baca solat tak sah..

      Delete
  104. Salam nak tanya, kalau rakaat pertama dalam solat hajat saya tak baca ayat kursi, tetapi saya ganti dengan surah lain boleh ke?

    ReplyDelete
  105. Salam nak tanya kalau saya tidak baca ayat kursi dalam rakaat pertama tetapi saya ganti dengan surah lain bole ke?

    ReplyDelete

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.