Saturday, October 29, 2011

DiMana JodOhKu???

80's, alternative, and gif image
Suatu petang yang damai, Ali berjalan-jalan di sebuah lorong yang sangat panjang.. Mengembara mencari sebuah destinasi, namun semakin jauh kaki melangkah, destinasi yang ingin di tuju menjadi kian kabur.

Kadang-kadang Ali terjatuh, kadang-kadang Ali tergelincir, kadang-kadang Ali tersesat, kadang-kadang Ali berlari, kadang-kadang Ali mendaki bukit, kadang-kadang Ali menuruni lembah.. Suatu pengembaraan yang sangat jauh.. Dan dia tidak tahu apa yang bakal menantinya di hadapan.. Hasbunallahuwanikmalwakil.. Bismillahitawakkaltualallah, wala haula wala kuwwatailla billah..

Ketika sedang mengembara, Ali akhirnya tiba pada persinggahan pertama, di situ, Ali bertemu dengan seorang lelaki yang sedang kelihatan muram. Ali singgah lalu memberanikan diri untuk bertanya..

"Saudara, kenapa saudara bersedih?" Ali bertanya. Suasana sepi seketika. Masing-masing diam melayani perasaan. Tiba-tiba lelaki itu menangis. Ali menjadi serba salah, dia ingin segera berlalu pergi. Belum sempat dia mengatur langkah, lelaki itu tiba-tiba bersuara..

"Suatu masa dulu, aku mempunyai seekor rama-rama yang sangat cantik, kepaknya berwarna warni, aku bahagia setiap kali melihat dia mengibarkan kepaknya, indah sekali.." Lelaki itu mula bercerita, wajahnya yang suram sekejap tadi kelihatan berseri seketika, seolah-olah sedang menggambarkan keindahan rama-rama miliknya itu. Namun, sebaik sahaja selesai berkata-kata, wajahnya kembali suram.. Dia kembali murung.

"Sayangnya rama-rama itu sudah tiada.. kerana terlalu mencintai rama-rama itu, aku telah memegang sayapnya terlalu erat, dan akhirnya aku telah mematahkan sayapnya yang indah itu... dia menderita kesakitan kerana aku.. akhirnya dia mati dan meninggalkan aku sendirian..." Lelaki itu menyambung kata-katanya, di hujung ceritanya itu, dia menangis semahu-mahunya. Tangisan seorang lelaki yang sarat dengan penyesalan. Beberapa minit menemani lelaki itu, Ali akhirnya meminta diri untuk meneruskan perjalanannya..

Sampai di persinggahan ke dua, Ali melihat seorang lelaki sedang duduk termenung.. angannya jauh entah ke mana. Ali berasa pelik lalu terdetik untuk bertanya. Ali menghampiri lelaki itu, beberapa ketika berbasa-basi, Ali kemudianya menanyakan hasrat hatinya, dia ingin tahu kenapa lelaki itu sedang duduk termenung..

"Maafkan saya, boleh saya tahu kenapa saudara duduk termenung sendirian di sini?. seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.." Ali mengajukan soalan.. Pemuda di hadapannya membalas renungan matanya. Lama dia membisu, namun akhirnya dia memulakan cerita..

"Ibu bapa aku berpesan kepada aku agar aku merentasi sebuah taman yang indah, meminta aku agar memilih bunga yang paling cantik dan tunjukan kepada mereka. Aku juga tidak dibenarkan untuk berpatah balik atau menoleh ke belakang.." Pemuda itu bersuara seakan-akan berbisik. Dia seolah-olah sudah tidak punyai semangat untuk meneruskan kata-katanya. Suasana sepi beberapa ketika. Kemudian pemuda itu kembali menyambung ceritanya..

"Ketika meredah taman itu, aku terjumpa bunga yang cantik..tapi aku sangka bunga di hadapan pasti lebih cantik lalu aku biarkan bunga itu, begitulah seterusnya hingga akhirnya, bila aku tiba di hujung taman, aku tidak dapat memilih mana-mana bunga kerana aku rasakan bunga yang paling cantik adalah bunga yang pertama aku temui, tapi aku tidak dibenarkan untuk menoleh ke belakang lagi.. aku menyesal kerana tidak memilihnya terlebih awal, aku menyesal kerana tidak menghargainya.. kini aku tidak punyai apa-apa.." begitulah cerita pemuda itu.. Ali mendengar penuh teliti. Terbit rasa simpati di hatinya.. Namun Ali juga tidak dapat berbuat apa-apa, nasi sudah menjadi bubur. Setelah bersalam-salaman, Ali sekali lagi meminta diri, perjalanannya harus di teruskan..

Ali meneruskan lagi perjalanannya.. tiba di satu persinggahan, Ali bertemu pula seorang lelaki yang kelihatan sedang mencari-cari sesuatu. Matanya melilau ke kanan ke kiri, ke depan dan ke belakang. Dia mencari sesuatu. Ali simpati lalu cuba menghampiri, manalah tahu sekiranya dia dapat menghulurkan bantuan..

"Abang cari apa?" Ali kemudiannya bertanya kepada lelaki itu.

"Burung aku, burung aku yang cantik, aku sayang dia, aku kasihan melihat dia terkurung lalu aku bukakan pintu sangkarnya.. sayangnya, sebaik saja aku membuka pintu, dia pergi tinggalkan aku di sini, aku perlukan dia, aku sayang dia, aku mahu dia kembali, tapi dia sudah pergi jauh.." Lelaki itu menceritakan serba ringkas. Ali mengerti bahawa tiada apa yang dapat di bantu kerana burung itu sudah terbang jauh. Sebelum berlalu, Ali sempat berpesan kepada lelaki itu supaya tabah mengharungi dugaan hidup. Lelaki itu sekadar menganggukan kepalanya, namun tidak sempat beberapa minit kemudiannya, dia kembali mencari-cari burung kesayangannya itu. Ali benar-benar kasihan melihatnya. Namun perjalanan harus diteruskan.

Setelah beberapa ketika meneruskan perjalanan, Ali berasa penat dan ingin berhenti berehat. Di perhentian kali ini... Ali ternampak seorang lelaki sedang menutup mukanya dengan kedua belah tangannya, lelaki itu menangis. Ali berasa pelik, sungguh jarang lelaki menangis, lelaki itu menangis pasti kerana ujiannya bukan sedikit.. Sekali lagi Ali menghampiri lelaki itu.. Mulanya, Ali tidak berani bersuara, takut mengeruhkan lagi suasana.. Ali sekadar membatukand diri, menanti masa yang sesuai untuk bertanya..

Namun belum sempat Ali bertanya, tiba-tiba lelaki di sebelahnya menyapanya..

"Kau pasti hairan melihat aku menangis bukan?" Lelaki itu memulakan kata-katanya. Ali sekadar menganggukan kepalanya..

"Dahulu, aku dan wanita saling mencintai. Kami hidup bahagia bersama. Namun suatu hari, terjadi perselisihan faham antara kami, lalu aku secara tidak sengaja berkata kepada wanita, aku katakan bahawa dia bukan tulang rusukku.." Kata-kata lelaki itu tersekat-sekat dan terhenti di situ..pipinya masih basah.

"Kata-kata aku itu telah membuat wanita sedih dan kecewa, dia pergi meninggalkan aku, doakan agar aku dapat ketemu tulang rusukku.. bertahun kami terpisah, akhirnya kami dipertemukan lagi, aku dan dia masih lagi tidak ketemui tulang rusuk masing-masing..malangnya, setelah bertemu semula, dia akhirnya pergi meninggalkan dunia ini selama-lamanya.. dadaku terasa sakit yang amat sakit.. kini baru aku sedar bahawa dialah tulang rusukku, namun semuanya sudah terlambat.. dia sudah tiada lagi.."begitulah kisah lelaki itu. Kisah yang benar-benar menyentuh hati. Ali juga turut merasa simpati.. Ali cuba memujuk sekadar temampu namun lelaki itu tetap juga hanyut di ombak duka. Tangisan penuh kekesalan.

Begitulah kehidupan ini.. kita mencari jodoh terbaik kita, mencari dan mencari hingga kadang-kadang kita tidak sedar ia mungkin sudah ada di hadapan kita. Kita mungkin lupa untuk bersyukur, lupa untuk menghargai apa yang kita miliki, sehinggalah bila ia bukan lagi milik kita, barulah kite menangisi kehilangannya.

Tidak semua orang bertuah, tidak semua orang memiliki apa yang di kehendakinya. Mungkin apa yang menjadi milik kita tidak secantik atau seindah milik orang lain, namun sekiranya kita bersyukur dan tahu menghargai, percayalah, mungkin itulah anugerah yang terindah buat kita.

Sekian, wassalam

Sunday, October 23, 2011

Aq kAn tETaP SeNyUm kErNa aQ TaHu DIA ada..^^

Senyumlah..walaupun hatimu mungkin terluka atau sedang berduka. Kerana senyuman adalah terapi yang paling mudah dan murah utk menyembuhkan dan meringankan kedukaan serta kesedihan yg kau rasai. Usahlah ditangis atau diratap kesedihanmu kerana tak siapa bisa mengubatinya melainkan kekuatan dlm dirimu sendiri. Kekuatan yg dianugerahkanNya. Tetapi, jika kau ingin menangis juga bagi melepaskan beban yg terbuku didada, menangislah. Asalkn jgn keterlaluan hingga lupa padaNya.

Tak mengapa jika tiada insan menemani saat kesedihanmu..atau org yg kau harapkan dpt berkongsi kedukaanmu tidak mempedulikanmu..kerana percayalah DIA akan selalu bersamamu. DIA takkan pernah membiarkanmu sendirian. DIA akan tetap selalu menjagamu. DIA mendengar dan melihat saat kau mengesat air matamu. Kau tidak bersendirian sebenarnya. DIA selalu ada. Jadi, senyumlah keranaNYa. Nescaya DIA akan berikan kekuatan padamu utk mengharungi kehidupan.
 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.